Semalam aku meredah hujan juga untuk ke Kepong Sentral. Terpaksalah basah-basah. Nak balik kampung katanya. Berkorbanlah sikit. Nasib baik bila sampai aja, cun-cun train dah ada. Kalut jugalah aku. Sampai baki beli tiket pun aku tak ambil. Huhu.
Punyalah lama duk dalam train. 2 jam juga. Ada dua kali berhenti kat dua stesen lama sangat. Tak tahulah kenapa. Dah lama aku tak guna perkhidmatan komuter, ingtkan ada perubahanlah. Sama aja! Tak berubah pun in term of kelembaban dia.
Sampai kat stesen Seremban, kena tukar train lah pula. Train yang aku naik ni, tak pergi sampai Sungai Gadut. Terpaksalah tunggu train lain. Nasib baik 10minit aja menunggu. Dah sampai kat Sungai Gadut, kebetulan ayah aku pun dah sampai kat situ. Huhuh. Nasib baik aku tak menunggu.
On day way nak balik rumah singgah makan kat Tampin jap. Isi perut. Sampai kat rumah , ibu dan adik-adik aku dah tidur. Tapi ibu aku terjaga bila aku, abang aku dan adik sorang lagi, bising- bising kat ruang tamu.
Bestnya dapat berkumpul ramai-ramai macam ini. Pagi tadi, gotong-royong bersihkan rumah kami yang dah lama tinggalkan. Harap je baru buat, tapi tak duduk pun. Cepatlah ibu dan ayah aku bersara. Dapat duduk rumah baru ini.
17 comments:
alhamdulillah :D
assalamualaikum ....sampai juga akhirnya...:)
mesti seronok...
alhamdulillahhh dah sampai
syok kan balik kg ;))
alhamdulillah..selamat sampai..=)
Alhamdulillah selamat dah yek...dah lama akak x naik tren...
seronokkan duk kampung;)
best kan bila balik kg... dpt mkn masakan ibu :-)
best kan balik kampung. tapi perjalanan tak best.kalaw boleh nak terus cepat sampai rumah.
jeles nyer ada kampung..
waaaaaaa
untungler dpt balik kg!
Alhamdulillah dh selamat sampai.. Dah semestinya seronok dpt berkumpul satu keluarga.
untong la dah balik kg...aku x jeles! >_<
orang jauh dah balik >_<
Kalau dapat naik koc komuter yang baru tu best sikit.. Siap ada cerita kartun dalam tu. Haha
happening kalau ramai adik beradik....
balik kampung memang best!
Post a Comment