SAYANG KOWG!

Tuesday, 20 November 2012

McDonalds Edar Sarapan Pagi Percuma Lagi!




Semalam McDonalds dah edar sarapan pagi percuma. Egg McMuffins untuk 1000 pelanggan pertama. Hari ini, keluar surat khabar berkenaan dengan sambutan yang menggalakkan dari penduduk Malaysia.


Hari ini juga, McDonlads mengumumkan untuk memberikan lagi sarapan pagi secara percuma kepada penduduk Malaysia. Kelainannya, kita kena kerat kupon yang diletakkan di surat khabar kemudian tebus di mana-mana restoran McDonalds di Malaysia.


Hmm.. Aku tak tahulah apa nak jadi dengan rakyat Malaysia ini. Bukan setakat buta mata, buta hati siap! Tolonglah! Kita bukan boikot untuk selama-lamanya. Tapi boikot kita ini, untuk tunjukkan bahawa apa yang Israel lakukan, untuk serang Palestin salah sama sekali.


Dan salah satu cara, untuk tunjukkan kepada Israel ialah dengan cara boikot produk yang menyumbang  kepada Israel. Kita dah la tak mampu n ak berperang kat sana, ini sahajalah cara kita.


Harap rakyat Malaysia buka mata hati mereka.


3 comments:

ewanthology said...

kena pakat serbu mcD ramai ramai ni sebenarnya...biar bankrupt diaorg.

MalizaMah said...

tak semua benda org bg kita kena ambik... tu jer yg pasti.

wantie said...

cekodok jemput lagi sedap dari bekfast mc d tu. hehehe