SAYANG KOWG!

Thursday, 29 November 2012

Jalan - Jalan Cari Ikan Di Aquaria KLCC




Aritu aku sempatlah juga pergi Aquaria KLCC. Haha. Jakun, kan? Vietnam dan Thailand dah pergi, Sabah dan Sarawak dah dijelajahi, tapi alih-alih, Aquaria KLCC pun tak pernah pergi? Sebab tu la aku teringin nak pergi sana. Nasib baik ada kawan aku nak teman, jadi tak adalah keseorangan.


Kami pergi masa cuti. So, memang ramai gila orang beratur. Panjang wa cakap sama lu. Macam orang beratur panjang nak amik burger free McDonalds aja. Tapi nasib baik kaunter Aquaria KLCC buka banyak. Jadi, tak lama lah beratur.


Masuk dalam excited bukan main. Bukan sebab tak pernah tengok ikan, or binatang-binatang dalam tu, tapi cara ikan dan binatang tersebut dipersembahkan kepada pengunjung sangat menarik. Dengan saiz yang memang tak pernah tengok, dan ada juga binatang yang pelik-pelik. Memang mengagumkan.


Mula-mula masuk korang akan teruja sebab nampak piranha. Banyak gila! Aku duk bayang macam mana lah kalau celup tangan ke, terjatuh dalam akuarium tu ka, mau kena ratah dengan ikan piranha tu. Tapi muka piranha tak de la menakutkan macam tengok dalam filem-filem.






Pastu tengok pula memerang. Masa aku sampai, kebetulan pihak Aquaria KLCC tengah bagi makan kat memerang. Best tengok aksi memerang ini. Pandai dia ikut arahan orang yang bagi dia makan. Comel sangat-sangat.




Masuk dalam lagi ada macam-macam lagi binatang. Tak perlu aku terangkan, tengok aja gambar diam-diam ok.

















Itu baru satu tingkat. Ada satu tingkat lagi. Owh lupa nak bagitahu. Aquaria KLCC ada dua tingkat ok.  Misi mencuci mata tengok ikan diteruskan.














 





Dah-dah cukup! Nak tengok banyak lagi, pergi sendiri ok. Bukan setakat gambar, tengok depan mata lagi. Apa-apa pun memang bestlah pergi Aquari KLCC. Cuma pendapat aku, harga RM 35 yang dibayar tak berbaloi sangat. Sebabnya, Aquaria KLCC kecil sangat. Kalau murah sikit, lagi ok.




13 comments:

Fatin Diana said...

memang la rasa macam tak berbaloi. tengok tempat la bang oi. KLCC tu. bukannya tempat cikai2. pi kedai haiwan, free je tengok. haha

NadiAzmaN said...

dah pegi dah last year.. mmg best... ada ikan pari besar gler kn... hehe....

ERAZ FADLI said...

Anda di tag untuk Mini Gempak Giveaway by Mibz, Amercorner, EzzatieBrahim.. Menawarkan hadiah yang sangat menarik.. Lelaki pun sesuai join.. Selalu banyak GiveAway sesuai untuk perempuan.. Bukan top-up, tetapi barangan.. Jom terjah.. Klik LINK : Mini Gempak Giveaway by Mibz, Amercorner, EzzatieBrahim

ewanthology said...

x pernah pegi lg laaa

Felly Sophia said...

Tempat ni memang cantik!

♥cikmOt♥ said...

so dapat ikan apa dik kat sana..hewhewhew...

MalizaMah said...

ikan yg belang2 pink merah tu cantik. kelihatan garang. pergh..

Unknown said...

retis mmg la cam tu... luar negara sampai dlm negara tak sampai2 ha ha ha apakes??

ko kata muka piranha tu tak ganas?? aku tgk sisik dia jew dah tahu ha ha ha....

erm aku pun tak pernah gi kat sini... nanti la satu hari nanti...

erk aku dah follow ko mohon ko follow balik (pesen sistem paksaan h ah aha) jadik la follower ke 1500 aku, nanti aku buat blog review... itu pun kalau ko yg follow ke 1500 lau tak kirim salam jer la ek ha ha ha .... ^_^

http://www.paripariputih.com/

wantie said...

kalau bawak anak anak memang best ni.

tapi kan.. aquarium kat Penang pun lebih kurang sama jerk

Asmar Arafad said...

datang sini bw dan follow, slm kenal

Yana Sakura said...

fuyooo..menariknyer..dh mcm msuk akuarium dh nie..erk..kecik je kew?? harap2 pihak pengurusan Aquaria KLCC nie mendengar rintihan seorang insan yg bergelar "Lelaki Ini" Umar Fitri..ekeke :)

NZ said...

dah penah masuk tempat ni. Serius memang best.Teruja!

Mawardi yunus said...

piranha tu kalau goreng celup tepong mesti best bro..hahah