SAYANG KOWG!

Thursday 27 December 2012

Ulasan FIlem : Filem CZ12 - Patriotisme Penuh Aksi



Nak tengok filem yang boleh meningkatkan semangat patriotisme tapi penuh aksi dan humor yang tak membosankan? FIlem CZ12 memang pilihan tepat. Bila tengok cerita patriotik, memang bosan. Nak-nak pula, bila banyak sangat sejarah-sejarah silam yang diungkitkan. 


Tapi bila tengok CZ12, sebenarnya filem patriotik boleh tidak menjadi bosan, andai diselitkan aksi dan komedi bersahaja macam yang dilakukan oleh produksi filem CZ12. Semalam aku berkesempatan menonton filem Kantonis CZ12 lakonan dan diarahkan oleh Jackie Chan ini.




Filem ini mengisahkan tentang Jackie Chan yang diberi upah untuk mencari patung kepala binatang Chinese Zodiak untuk melengkapkan 12 Chinese Zodiak. Macam-macam yang berlaku dalam misinya mencuri dan mendapatkan patung kepala binatang tersebut.


Aksi dalam filem ini memang superb! Jackie Chan yang berusia 58 tahun itu sendiri yang melakukannya, ok! Banyak part yang best terutamanya aksi semasa di awal cerita (semasa Jackie Chan ingin menyelamatkan diri), aksi pertarungan di udara, dalam kilang dan juga di dalam hutan.


Bukan setakat aksi yang best, humor dan kelakar yang ditampilkan cukup bersahaja. Ada sahaja part lawak yang mampu menggeletek perut korang. Mesej patriotisme juga ada diselitkan dalam filem CZ12 ini.


Kesimpulannya, memnag tak rugi kalau tonton filem CZ12 ini. Lagi satu, katanya ini filem terakhir lakonan Jackie Chan. Tapi tak tahulah kan. Keseluruhannya, 4 bintang!



11 comments:

Unknown said...

best ni..mesti tgok

Unknown said...

Macam best jew dah lama x tengok JC beraksi harap2 masih hebat mcm masa dai muda2 dulu :P

Unknown said...

pitam dtg blog umar nurfitri

cis rupenye org y sme aku knl bertahun lps


*hai abang, ni bini no 2 ni ehh

Unknown said...

kalo JC brlakon kne p tgok la kn..hoho..thx for review dis film bro.. :)

Unknown said...

mmg cerita ni best!.sume wajib tgk sebab inilah filem terakhir lakonan hero pujaanku jackie chan ;'(

m0sHiE~ said...

done watching this movie. taktau la JC already 58. superb la die still wat stunt camtu. :)

jum singgah bace entry di http://m0shie.blogspot.com/

Hans Hanis said...

aku juga tak tengok2 lagi

Yana Sakura said...

wah..smkin berkobar2 smgt nk tgk cite CZ12 neh..hehe..

kurus said...

hurmm menarik
tapi akak dah lama x nonton wayang .. kalau nak tgk punn , hubby x suke .. soo memang x merasalah ..

harapkan adik akak download sahaja ;)

Ulasan CZ12 (klik untuk baca) said...

mmg best! ni reviewnya

http://adf.ly/GYUVa

MalizaMah said...

leeza baru nk pergi tgk. kul 11.20pm ni.... yeahhhhh sbb lakonan last jackie chan.