SAYANG KOWG!

Friday, 7 September 2012

Malunya Aku...Mana Nak Letak Muka Ni?



Hmm..sorry sangat2...Dah dua hari aku tak update blog...Busy lah..Aku ada traning Basic Fire Insurance kat Malaysian Insurance Institute kat Maju Junction Mall. So, tak ada masa nak update blog.


Aku bukan nak cerita pengalaman aku pergi training..tapi pengalaman bila balik dari training. Aku pergi sana naik motor, dekat aja. Dan sah2 la juga, bila balik aku naik motor juga. Tak kan keta lembu pulak.


Nak dijadikan cerita, masa tu jammedlah kan. Dalam pukul 6 petang. Memang jammed tak ingat. Masa tengah jalan tu, aku dengar bunyi hon. Kuat gila. Tengoklah kanan, dan kiri, sapa yang bunyikan hon.


Lima minit jugalah bunyi hon tu. Dalam hati aku siap maki-maki, sapalah bodoh sangat pergi bunyikan hon lama-lama. Buat sakit teling aja. Tak puas hati, aku usha lah pulak depan n belakang.


Masih tak tahu sapa yang bunyikan. Aku tengk orang kanan dan kiri, yang naik motor juga pun buat benda yang sama. Tertengok-tengok sapa yang bunyikan hon tu.


Rupanya, baru aku perasan, bunyi hon yang kuat dan lama tu, datang dari motor aku! Cisssss! Macam mana boleh bunyi? Macam mana aku tak perasan?


Malunya aku tuhan saja yang tahu. Rasa nak sorokkan muka dalam mangkuk jamban. Adoyai!


Post a Comment