SAYANG KOWG!

Monday 10 September 2012

Cukup-Cukuplah Bangsaku Dipijak!




Dua tiga hari ini, aku merasakan semangat dalam mempertahankan bangsa aku amat tinggi. Semuanya berpunca bila aku pergi traning kat MII minggu lepas. Ada satu insiden yang menyebabkan aku rasa bagai dihempap batu besar.


Lecturer yang mengajar aku masa aku training minggu lepas bukan berbangsa Melayu. Dia mempertikaikan tentang pembinaan istana yang baru. Dan paling aku geram bila ada seorang Melayu tiba-tiba bersuara dan mengatakan habis duit kita bayar cukai!


Bodoh! Kau sedar atau tak dalam diam bangsa lain sedang menghina bangsa kau! Dan kau juga menyokong bangsa kau dihina sebegitu!Kalau bukan bangsa Melayu sendiri nak hormat institusi raja di negara kita, siapa lagi? Bangsa lain? Jangan haraplah!


Cuba tengok pula situasi dalam negara kita. Bila bangsa lain memekik sana sini minta supaya lebih banyak tempat ibadat mereka dibina, supaya lebih banyak sekolah vernakular dibuka, DAP, MIC, Gerakan dan MCA bersama-sama bersuara.


Tapi bila isu Bahasa Melayu, agama Islam, penggunaan kalimah Allah dalam kalangan Kristian, implementasi hukum Hudud dalam negara, UMNO dan PAS tak pernah sepakat. Ada saja yang tak puas hati antara mereka.


Arghh... Aku makin risaukan bangsa dan agama kita. Kita tak pernah bersatu. Tak pernah mahu mencapai kata sepakat. Kalau dah pucuk pimpinan tak sepakat, macam mana kami rakyat nak sepakat. Sebab itu ada yang tak kesah bila institusi raja kita dihina.


Apa lagi yang kita ada? Ekonomi dah dikuasai oleh bangsa lain. Politik kita juga semakin dirampas oleh mereka. Pendidikan kita jauh ketinggalan. Apa lagi bukti kita Melayu bangsa awal di Tanah Melayu?


Hmm..Aku risau masa depan bangsa kita. Apa lagi yang tinggal untuk anak cucu kita nanti? Bangkitlah Melayu!


6 comments:

Anonymous said...

melayu sepakat, ISLAM berdaulat!

sea_lavender said...

setuju ~
sedih dgn bangsa sendiri..
skg kte kena pertahankan Islam dan bangsa Melayu kte..
kte kt penang sendiri da mula org pertikai tentang azan yg berkumandang.. da nk sgt jadi mcm singapura ke bangsa kte nie~~~~~
tak faham =_=' cm ne ank, cucu dan generasi akan dtg~

emarieys said...

Setuju dengan entry adik ..melayu masing2 berebut nama...sedangkan agama dimainkan buat tak tahu jea.

Nurul Says said...

good post adik

amirahramli said...

InsyaAllah,semuanya akan selamat jika kita kembali kpd Islam yg sebenar..kepincangan politik yg berlaku skrg ni pn semua disebabkan kejahilan & penyalahgunaan kuasa pmimpin2 atasan yg memerintah tnpa mnjadikan Islam sbgai pnduan utama dlm khidupan dan pemerintahan ngra..

cik.einaaa said...

Bangkitlah Melayu..Bangkitlah Islam...Allahuakbar!