SAYANG KOWG!

Wednesday 26 September 2012

Malam Pertama Di Hanoi, Vietnam



Masih lagi cerita pasal Company Trip aku. Bukan apa, aku nak share dengan sapa-sapa yang tak pernah pergi Vietnam. Macam mana situasi dan keadaan kat Vietnam. Dan apa yang boleh dibuat kat Vietnam kalau pergi.


Aktiviti malam pertama kami kat Hanoi adalah menonton Water Puppet Show kat Thang Long Water Puppet Theatre. Pukul 9 malam kami masuk dalam Water Puppet Theatre tu.




Masa water puppet berlansung, mereka cakap bahasa Vietnam. Memang lah tak faham. Tapi ada subtitle kat tepi. Diorang sediakan televisyen kat tepi dan ada subtitle. Walaupun ada subtitle pun, aku tetap tak tahu apa cerita yang ingin disampaikan. Haha..

















Kat atas semua gambar masa Water Puppet tu berlansung. Nak cakap seronok, tak adalah sangat. Tapi mana nak jumpa Water Puppet kat Malaysia. Datang Vietnam baru la dapat tengok. Tapi kalau orang bagi peluang, aku dah tak nak tengok dah. Cukuplah sekali! Haha..



5 comments:

careno said...

hahaha... nampak sngat tak best...

Unknown said...

saya nak ke sana next year bulan 3.kat sana senang tak nak cari makanan halal?

wantie said...

hahaha... mesti tak best sebab tu dah takmau nonton dah....

tak best sebab tak faham kot

MalizaMah said...

susah cari makan tak kat sana?

Nurul Says said...

subtitle tak selari dngn jalan cerita kot kihkihkih