SAYANG KOWG!

Tuesday 4 September 2012

Melaburlah Bersama Amanah Saham Nasional Berhad





Seriously aku cakap, aku memang seorang yang susah untuk menyimpan. Dengan kata lain, boros. Memang dari masa belajar lagi, bila biasiswa JPA masuk, mulalah berkira kira nak beli itu, nak beli ini.


Tapi bila dah bekerja, aku dan semakin sedar, yang menyimpan adalah perlu! Mana nak cari duit nak beli kereta, rumah, dan nak kahwin. Nanti dah ada anak, duit simpanan pun boleh guna.


Nampak tak keperluan menyimpan? So, aku nak ajak moyang, atuk, nenek, ibu, ayah, adik, kakak, abang semua, untuk sama-sama menyimpan demi masa depan anda. 







Dan tempat paling best untuk menyimpan ialah dalam tabung-tabung unit amanah jagaan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Misalnya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham 1 Malaysia, Amanah Saham Nasional dan banyak lagi. 


Dalam Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ugama Islam Malaysia kali ke-80  telah memutuskan bahawa melabur dalam skim ASB, ASN dan sebagainya adalah harus. Jadi, kepada semua umat Islam jangan takut untuk melabur dalam tabung amanah ASNB.


Jom semua orang kampung, pakat-pakat kita melabur supaya kita bukan setakat boleh menyimpan duit kita, malah duit yang disimpan boleh digandakan dan boleh untuk digunakan di masa hadapan.


4 comments:

wantie said...

akak pun mula menyimpan masa umur 21 dik oi.. sebab dah janji kat dalam diri bila dapat kunci umur 21 tu terus akak melabur dalam ASB. duit tu la akak berhabis sakan time kawin, buat downpayment rumah, keta & bagainya. memang berbaloi baloi..

wahida said...

aku mmg dari dulu ada akaun ASB ni...tapi tak selalu masuk duit lah...huhu...

Anonymous said...

menabung tu mmg sgt2 bagus x kisahlah kat mana2 pown !

ALoNa CintamaniszLite said...

mmg kena ada simpanan....simpanan yg cuma diusik ketika sgt perlu aje.
Kalo simpan bulan ni bulan dpn dh keluarkan balik utk tampung bajet boros...tu bkn simpanan namanya, hehe..