SAYANG KOWG!

Thursday 27 September 2012

Ulasan Filem : Untuk Tiga Hari



Semalam aku ingtkan nak tengok cerita Dredd. Tapi disebabkan waktu aku sampai kat GSC One Utama dalam pukul 6.20 petang, filem Dredd tak available. Dalam pukul 8.00 malam baru aku. Jadi, aku ambil keputusan untuk tengok filem melayu arahan Afdlin Shauki, Untuk Tiga Hari.







Siapa tak kenal dan tahu tentang kredibiliti Afdlin Shauki untuk mengarah dan berlakon. Sebab itu, aku tak teragak-agak untuk tengok filem ini. Aku dapat merasakan yang aku tak akan kecewa bila melihat hasil tangan Afdlin Shauki.


Lepas tengok, memang betul, salah satu filem melayu yang wajib tonton tahun ini. Walaupun filem nya agak jiwang romantik, tapi diselitkan lawak-lawak bersahaja yang memang boleh menyebabkan pecah perut.


Babak paling menarik, tentunya apabila Afdlin Shauki menyanyikan lagu yang dicipta olehnya kepada Vanidah Imran. Masa tu rasa sweet sangat-sangat. Ada babak yang aku rasakan lucah, macam babak waktu Ayu Raudah cuba menggoda Rashidi Ishak. Juga ada babak di mana Rashidi Ishak membawa losyen ke dalam tandas. 



Lakonan paling berkesan, tentunya Vanidah Imran. Cukup semuanya! Tidak dilupakan watak Khatijah Tan yang boleh menyebabkan orang membenci Khatijan Tan selepas menonton filem Untuk Tiga Hari Ini. Lakonan Dira Abu Zahar juga boleh dipuji walaupun wataknya muncul sekejap. 


Apa-apa pun tahniah Afdlin Shauki. 
3.8 bintang untuk filem ini!



7 comments:

a.R said...

yeke???

mau tengok jugak la..haha~

LiNda said...

thankz for review. selalunye hasil tangan Afdlin Shauki ni memang x mengecewakan..harus tonton ni :)

Felly Sophia said...
This comment has been removed by the author.
Felly Sophia said...

Filem arahan beliau memang tak mengecewakan. :)

shafiqabdshukor said...

mesti best ni.. nak tgk gak..
cerita afdlin shauki buat.. mesti bestnya...

wantie said...

tak sesuai untuk kanak kanak la kekdahnya ni.

kengkawan hubby pun ckp best. hai ada chance la nak bersengkang mata nonton filem ni. ngeee

MalizaMah said...

thumb up utk cerita ini... hooooooo