SAYANG KOWG!

Tuesday 9 October 2012

Ulasan Buku : Abdullah Ahmad Badawi - Perjalanan Politik PM Ke-5 oleh Chamil Wariya




Walaupun dah kerja, dan kerja aku tak ada kaitan pun dengan politik, tapi aku masih macam dulu..suka baca buku politik. Baru ini aku ada pergi Giant kat Shah Alam. Ada satu kedai, jual buku second hand. Dan aku ternampak buku ini, Abdullah Ahmad Badawi - Perjalanan Politik PM Ke - 5.






Aku tahu sekarang bukan era Pak Lah dah. Dan aku nampak pemimpin yang seorang ini nampak semakin dilupakan. Tapi korang wajar dapatkan buku ini, sebab ada banyak info pasal Pak Lah yang korang tak tahu tapi akan tahu lepas baca buku ini.


Awal-awal buku ini, korang akan tahu latar belakang datuk dan ayah kepada Pak Lah. Macam mana yang menyebabkan Pak Lah boleh menjadi seorang pemimpin dan alim. Juga tentang perjalanan Pak Lah semasa menjadi pelajar. Bagaimana Tun Abdullah ini menjadi pemimpin semasa menjadi seorang pelajar.


Jatuh bangun Pak Lah dalam Kabinet juga diberitahu. Apa jasa Pak Lah dalam kementerian-kementerian yang diterajui juga terkandung dalam buku ini. Semasa Pak Lah jadi Timbalan Perdana Menteri pun ada.


Dan part paling best, penulis (Chamil Wariya) ada buat satu bab, iaitu Bab 13 yang menerangkan apa yang dilakukan sepanjang satu bulan pertama pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.


Tak rugi baca buku politik :). 
Semakin bertambah pengetahuan.




1 comment:

vendoline said...

hahahah perghh sesuai sangat...leh jd pemimpin la ko.hehehehhe
kalau ade komik bru bg aku.hehehe