SAYANG KOWG!

Thursday 4 October 2012

Ulasan Filem : Hotel Translyvania




Semalam masa bawa motor, ternampak iklan cerita Looper kat papan iklan tepi jalan. Tengok dekat internet, ramai yang memuji cerita tersebut. Jadi aku dah niat, nak pergi tengok cerita tersebut kat wayang semalam.


Tapi malangnya, bila sampai, tengok seat dekat aja available. Tak sanggup aku. Terus tengok cerita lain. Cerita kartun pilihan aku, Hotel Translyvania. Tapi yang tak best, filem 3D. Aku tak suka!!!







Walaupun tak dapat tengok cerita Looper dan kena tengok filem 3D, tapi filem Hotel Translyvania tidak mengecewakan aku. Filem kartun yang terlalu, amat, sangat kelakar. Setiap masa, korang akan dihidangkan dengan lawak-lawak dari monster dalam cerita tersebut.





Watak ayah iaitu Dracula (suara oleh Adam Sandler) sangat-sangat best. Wataknya yang over protective terhadap anaknya iaitu Mavis (suara oleh Selena Gomez) benar-benar menyentuh hati aku. Ayah yang sangat bertanggungjawab.


Banyak part yang best dalam filem ini. Terlalu banyak. Setiap saat, korang tak akan rasa bosan. Nak tergelak aja. Tapi part yang paling aku ingat, tentunya part semasa Dracula dan Jonathan (suara oleh Andy Samberg) nak susun meja untuk sambutan ulang tahun anaknya. Part tu sangat best!


Memang korang kena tengok cerita ini ok! 
Tak rugi lansung! 4.3/5 bintang.


5 comments:

Unknown said...

download nt...haha

bukankosong said...

karang aku nk tgk

dah plan dahh

MalizaMah said...

layannn jer cerita cartoon erk.. hehehehe

Felly Sophia said...

Saya pun download je nanti.

wantie said...

nak tengok ar. kalau anak akak tengok ni mesti tak habis habis dok citer & gelak gelak.