SAYANG KOWG!

Friday, 12 October 2012

Larikan Kereta Porsche Semudah A,B, C




Kosmo hari ini ada memaparkan berita tentang seorang penjenayah yang berjaya melarikan kereta Porsche Panamera 4 yang berharga hampir RM 1 Juta dari Pusat Pameran Porsche di Jalan Bukit Bintang.


Akhbar itu turut melaporkan bahawa penjenayah itu memasuki pusat pameran itu sebaik sahaja ia dibuka pada jam 9 pagi. Penjenayah berpakaian kemeja putih lengan panjang dan bertopi.


Berdasarkan berita, apa yang aku nampak, betapa longgarkan keselamatan dalam pusat pameran itu. Kenapa dengan mudahnya, seorang penjenayah mampu untuk menyamun kereta tersebut. Tanpa melibatkan sebarang pertempuran pun.


Kedua, ada kemungkinan juga orang dalam pusat pameran itu sendiri terlibat. Sebab nampak macam mudah sangat penyamun itu tahu kat mana letak kunci kereta dan sebagainya. 


Hmm... Berani betul orang yang samun kereta Porsche tu..




Nak baca lebih lanjut? KLIK SIN





3 comments:

MalizaMah said...

pergh.. gila arrrr...

Unknown said...

gila lah. lecturer br sebut

aku pon rse de org dlm nye keje

suria lekatlekit said...

Sy prnh keja kt proton dealer.. Kunci kereta x semudah tu blh amik keluar.tmpt smpan pn customer x tau.. Cuma admin & sales advisor je blh ambil. Sales advisor nk amik pn kena ada kebenaran. X kn keta 1 juta senang org luar blh dpt kunci lps tu bawak lari,kan?