SAYANG KOWG!

Monday 29 October 2012

Percutian Ke Sabah : Pulau Mamutik




Destinasi kedua pulau dalam Taman Laut Tengku Abdul Rahman yang aku pergi ialah Pulau Mamutik.  Agak kecewa dengan Pulau Manukan, aku tak expect sesuatu yang extraordinary dari Pulau Mamutik.


Pada jam 12.30 kami bertolak dari Pulau Manukan ke Pulau Mamutik. 5 minit sahaja perjalanan. Tak lama pun. Nak tidur pun tak sempat. Huhu..





Macam kat Pulau Manukan, sampai kat sana, aku dah nampak banyak ikan dalam laut. Lagi best, ikan-ikan dalam satu kelompok kumpulan yang besar. So, agak jakun di situ bila tengok ikan dalam kuantiti yang banyak.




Masuk dalam , aku dah kecewa bila tengok fasiliti yang ada. Agak ketinggalan berbanding dengan Pulau Manukan yang cantik dengan fasiliti yang lengkap. Tapi ok je. Bukan aku nak tidur kat Pulau itu pun.




Tapi yang bestnya Pulau Mamutik, aktiviti snorkelingnya memang terbaik. Banyak gila ikan dalam laut. Dah la cantik-cantik dan jinak. Warna-warni ikan. Rugi aku tak ada camera kalis air, kalau tak memang dah lama aku tangkap gambar ikan yang cantik tu.


Bukan setakat ikan, Pulau Mamutik juga banyak dengan batu karang yang cantik. Memang seronok snorkeling kat Pulau Mamutik berbanding Pulau Manukan.


Secara ringkasnya, untuk perbandingan boleh aku katakan:
1) Pulau Manukan : Cantik dengan fasiliti yang lengkap. Kurang batu karang dan ikan. Jadi, tak berapa syok untuk aktiviti snorkeling.
2) Pualau Mamutik : Fasiliti kurang bersih dan tak lengkap. Tapi sesuai untuk snorkeling sebab da ikan dan batu karang yang sangat cantik.




Nasib baik juga ada disediakan tandas dan bilik persalinan walaupun sedikit dan agak kotor. Kebersihan kurang dijaga. Tapi kalau bilik mandi penuh, korang boleh je mandi kat luar.







Jaga-jaga, sebab ada kubur kat sini. Ala, tapi tak ada apa yang nak ditakutkan pun. Tak menakutkan lansung. Huhu..




Mesti korang tertanya-tanya, apa yang best kalau makanan kat Sabah, kan? Huhu.. Next entry pulak.



11 comments:

Sam said...

Assalamualaikum.

seronok dapat pi sana.anyway you student uitm ka?sebab gambar yg dekat tngga tu mcm kat uitm sp

Sam said...
This comment has been removed by the author.
CaPt Shah said...

Menarik gak tempat nie..leh dimasukkan dalam kalendar tahun depan..

haney said...

bestnye travelling. :)

Anonymous said...

OK..ini membuatkan aku nak vacation serta merta....!!!!
hahahaha

acap

Miss N™ said...

Seronoknya..teringin nak ke sabah..tapi tak tahulah bila..huhuhu..

Felly Sophia said...

Di pulau yang ada kubur. Amazing.

maszull said...

assalamualaikum...cantik pemandangan nyer...:)

i'm shin... i'm inesen said...

hurmmm ikan kecit jer???

Anonymous said...

wah jauh berjalan ye

wantie said...

wah bestnya dapat tengok ikan. snorkeling tu memas wajib kalau ke sabah. tul tak?