SAYANG KOWG!

Tuesday, 23 October 2012

Percutian Ke Sabah : Hari Pertama




Masa ku nak ke Sabah,  pukul 8.25 malam, aku dah tunggu kat gate. Sejam sebelum departure time. Agak kalut sebab tak tahu kena tunggu kat gate berapa. Kat boarding pass tak tulis. Kena tanya counter. Gate 8.


Sementara tunggu tangkap gambar dulu. Then pukul 9 lebih baru gate buka. Naik flight, tengok semua seat penuh kecuali seat tepi aku. Kan kawan aku yg sorang lagi tak datang. So, letak barang kat atas kerusi kosong tu. Haha.


Dalam flight agak susah nak tidur. Ada budak nangis dari naik kat atas kapal terbang, sampailah nak touch down. Nangis aja. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe gayat naik fligh kowt.


Then sampai kat Lapangan Terbang Kota Kinabalu dalam pukul 12. Keluarag angkat kawan aku datang ambil. So, malam tu kami tidur kat Tuaran. Perjalanan dari lapangan terbang ke Tuaran dalam 45 minit.


Sampai kat rumah kami dijamu dengan makanan. Adoyai, tengah malam pun diorang sanggup masak lagi. Takkan tak nak makan kan? Perut berkeroncong minta diisi. Apa lagi...lahap dulu!


Jadi, perbelanjaan yang aku habiskan hari pertama aku kat Sabah:
1) Tambang pergi balik: RM 150 (beli masa promosi)
2) McDonalds - Double cheese burger : RM 15
3) Tambang bas dari KL Sentral ke LCCT : RM 8


Post a Comment