SAYANG KOWG!

Tuesday, 9 October 2012

Apa Yang Korang Boleh Dapatkan Kat Hanoi, Vietnam




Masih lagi cerita pasal Hanoi, Vietnam. Saja nak share. Supaya korang kalau nak pergi Hanoi, Vietnam, adalah sedikit idea tentang Hanoi, Vietnam.


Kali ini pasal apa benda yang korang boleh beli kat Vietnam. Tapi yang ini aku just bagitahu apa yang aku dah beli kat Vietnam. Haha. Kalau korang berkenan, boleh juga dapatkan benda yang sama dengan aku .




Ok. aku tahu benda ini pun boleh beli kat Malaysia. Haha.. Ini wallet. Wallet panjang untuk lelaki jenama Boss. Tapi bukan ori pun. RM 17 duit Malaysia. Jangan tak tahu, orang Vietnam pun tak kisah kalau kita bayar guna duit Malaysia.






Dan ini bukan bra! Jangan salah faham. Ini penutup mulut dan hidung atau mask. Kalau korang pergi Vietnam, pengangkutan utama diorang ialah motorsikal. Memang banyak gila motor. Sebab tu udara kat Vietnam tak bersih. Dan penutup mulut dan hidung memang jadi satu kewajiban untuk dipakai. Dan aku tak pernah nampak benda ni kat Malaysia. Harga 10,000 dong atau RM 1.60 aja satu.





Ini confirm tak ada kat Malaysia. Haha. Helmet macam ini tak ada. Gila apa nak pakai helmet macam ini kat Malaysia. Sah2 kena saman. Sebab memang tak menepati piawaian helmet di Malaysia. Tapi kat Vietnam, memang semua orang pakai helmet simple macam ni. Kalau pakai helmet macam orang Malaysia kat Veitnam, confirm diorang gelakkan.






Ini pula alas meja. Ada tiga warna dan corak aku beli. Untuk ibu aku. Nak letak kat rumah baru! Huhuh.. Setiap satu harga 70,000 dong. So, satu dalam RM 11.20.











Semua kat atas ialah fridge magnet dari Vietnam. Ada yang besar, ada yang kecil ada juga yang berbentuk orang. Yang paling atas, gambar diorang pakai pakaian tradisional mereka, Ao Dai. Kalau fridge magnet yang besar tu satu 20,000 dong bersamaan dengan RM 3.20. Kalau fridge magnet kecil, 10,000 dong, RM 1.60 satu.









Ini pula keychain. Dua gambar kat atas, harga sumpah aku dah tak ingat. Haha. Tapi murah la juga. Ada lagi macam-macam korang boleh beli kat Hanoi, Vietnam. Cenderamata memang banyak. Cantik-cantik pula tu.


Paling penting, tawar-menawar. 
Jangan buta-buta terima harga yang diorang bagi mula-mula. Minta murah lagi ok!



Post a Comment