SAYANG KOWG!

Thursday 11 October 2012

Ulasan Filem : Looper




Semalam aku bertekad, filem Looper mesti aku tonton. Dari minggu lepas kempunan nak tengok filem lakonan Gordon-Levitt dan Bruce Willis ini. Sampai kat GSC One Utama, nasib baik rezeki aku. Time tepat, seat pun ok! Apa lagi..jom tonton!






Awal cerita, sangat, amat, terlalu boring! Lembab sangat perjalanan cerita. Aku blur betul2 blur. Aku tengok minah Cina dan lelaki Mat Saleh kat tepi aku pun gelisah. Minah Cina kat tepi siap cakap, rasanya dia salah pilih filem untuk ditonton hari ini. Aku senyum aja. Aku pun merasakan benda yang sama.






Tapi, perjalanan cerita semakin menarik selepas 20 minit pertama filem. Terutamanya apabila kemunculan watak Joe yang berumur 55 tahun lakonan Bruce Willis dan juga watak ibu dan anak lakonan Emily Blunt dan Pierce Gagnon.


Watak paling aku suka tentunya watak Cid lakonan Pierce Gagnon. Seorang budak yang mempunyai kebolehan luar biasa. Mimik muka budak tu memang terbaik! Sangat-sangat pandai berlakon. 


Scene paling aku tak suka, dan aku rasa tak perlu pun diadakan ialah scene dimana Sara (Emily Blunt) tiba-tiba gersang. Dia kemudian memanggil Joe (Gordon-Levitt) masuk ke dalam biliknya, dan terjadilah 'sesuatu'. Pada aku scene tu tak perlu pun! Tak ada kaitan dengan jalan cerita.


Korang kena tengok cerita ini. Tapi 20 minit awal tayangan, pergi toilet dulu pun tak apa. Then baru masuk balik. Haha.. 3.8 bintang untuk cerita ini.


4 comments:

dayteenlea said...

IF bruce willis main

takkan boring nye.hehehe

Felly Sophia said...

Kawan saya kata best. Tp belum sempat lagi nak tgk.

MalizaMah said...

Waaaa ... tak sempat nk tgk. huuuu

wantie said...

tak sempat nak terjah panggung.

tunggu Astro first la jawabnya. hiksss