SAYANG KOWG!

Thursday, 25 October 2012

Percutian Ke Sabah : Pulau Manukan




Pulau Manukan meripakan salah satu pulau yang terdapat di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Pulau ini aku pilih sebagai pulau pertama yang aku nak kena pergi dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Puncanya, bila baca blog, ramai yang cakap pulau ini paling best.


Pukul 7.30 pagi kami dah berkejaran dari hotel penginapan kami, Stay Inn untuk ke Jesselton Point. Cadangnya memang nak pergi tiga pulau hari ini. Jarak dari Stay Inn ke Jesselton Point lebih kurang 20 minit kalau berjalan kaki. Tak jauh pun.


Sampai kat sana, kami terus tanya di kaunter- kaunter bot pukul 8 yang boleh pergi 3 pulau ada atau tidak. Tapi tak ada satu pun yang boleh bawa ke tiga- tiga pulau sebab cuaca tak berapa bagus. Mereka takut ombak kuat. So, kami pilih Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.


Pukul 9 pagi baru kami bertolak ke sana. Jarak dari Jesselton Point ke Pulau Manukan dalam masa 10minit. Sampai kat sana memang gayat gila la. Laut cantik. Dapat tengok ikan dengan jelas dari atas jeti.




Dah sampai, kami terus tukar baju. Sangat excited sebab ini kali pertama aku ak mencuba aktiviti snorkeling. Macam biasa, first time mestilah excited dan teruja sangat-sangat. Dah salin baju, terus cari lokasi untuk snorkeling.






Bagi aku, smorkeling kat sintak best sangat. Tak banyak ikan, dan batu karangnya pun tak cantik sangat. Bukan salah pilih port, sebab bila tukar port lain, pun ikan tak banyak. Kebersihan pun kurang juga. Ada sampah dalam laut ok. Kotor la sikit.




Tapi fasiliti kat sini memang terbaik. Kalau ada yang kaya nak datang menyewa chalet kat sini pun ada disediakan. Sangat cantik chalet kat sini dan besar. Tapi tak ada pula aku teringat nak tanya berapa harganya.





Kalau korang tak suka snorkeling pun, kat sini ada jungle trekking. Boleh panjat bukit juga. Sementara tunggu kawan sedang snorkeling, naiklah bukit kat belakang chalet tu.




Toilet diorang sangat awesome ok. Bersih sangat. Tak kotor macam sesetengah tandas awam. Bilik persalinan dia pun bersih. Air pun laju.


Kat sekitarnya ada beberapa tempat makan dan minum kalau koranh lapar selepas snorkeling. Tapi sendiri mahu ingat la harga kat sini. Juga ada kedai cenderahati. Tapi tak payah la beli kat sini. Stok lama dan mahal.




Tengoklah beberapa lagi gambar kat Pulau Manukan ni.




















Next, Pulau Mamutik pula ok. Tapi aku bagi pembayang awal, Pulau Mamutik lagi best dari Pulau Manukan.


Seriously!



6 comments:

Firdaus® said...

smorkeling kat sintak sangat..kih33.. typo..hahahaha

izyantyPersonalTaste said...

bestnya dpt p bercuti...

precious cla said...

Next time panjat gunung pulak hik3....btw, I'm Sabahan people :)

a.R said...

time pegi aritu tak sempat pon nak singgah pulau2...sempat pegi kundasang, dengan PASAR JEW...hMM~

Akhelaken said...

Yup mamutik paling awesome kan? bestnye, Baca entri2 ni terkenang ms lalu :)

LYAfrina said...

wow..seronoknyer...
cantik sgt suasana...

salam aidiladha