SAYANG KOWG!

Monday, 15 October 2012

Empat DVD Satu Hari..




Hari Ahad tak tahu nak buat apa. Duk rumah aja. Malas nak keluar. Berat punggung. Cadang hari ini nak 'DVD marathon'. Tengok DVD sampai bengkak mata.


Sasaran... The Avengers, Underworld: Awakening, Men In Balck 3, dan Wrath of the Titans. Semua cerita tahun ini, 2012. Tapi aku tak sempat nak tengok kat wayang. Tengok guna DVD pun layan!


The Avangers..tak seindah yang aku bayangkan. Aku bayangkan filem penuh aksi tapi dicemari dengan 'cakap-cakap kosong' di permulaan cerita. Bosan. Tapi semakin menarik bila diiringi dengan aksi-aksi yang cool! Sumpah gempak!


Siri Underworld memang terbaik! Tak pernah mengecewakan aku. Underworld: Awakening memang awesome.. Awek aku, Kate Beckinsale (Selena) seperti biasa memang mengagumkan. Tapi sedikit kecewa sebab watak Michael Corvin ( Scott Speedman) tak diwujudkan. 






Aku tak pernah tengok Men In Black. Tapi saja 'gedik-gedik santai' kali ini nak layan Men In Black 3. Huhuh.. Awal cerita menang sangat menarik espesially bila Agent J (Will Smith) kena serang dan menyerang alien ikan. Haha. Sumpah sangat comel. 


Last movie, Wrath of The Titans. Err..macam biasa, filem fantasi macam ini memang layan lah kan. Espesially orang macam aku yang minat filem2 bergenre macam ini. Tapi macam kelam kabut sikitlah cerita dia. Pening kepala aku. Haha.


Sudah habis stok. Petang karang pergi sewa lagi.



Post a Comment