SAYANG KOWG!

Wednesday, 24 October 2012

Percutian Ke Sabah : Stay Inn Hotel




Pukul 4 petang, aku dah berambus dari rumah mak angkat kawan aku. Yela, misi utama untuk berjalan-jalan kat bandar Kota Kinabalu mesti diteruskan. Dalam kepala, dah fikir macam-macam tempat nak pergi. Itu yang teruja sangat tu.


Pergi bandar Kota Kinabalu, ayah angkat kawan aku hantar. Dia drop kami dekat dengan Center Point Sabah. Kami berjalanlah kaki mencari hotel yang berdekatan. Matlamat pertama, hotel mestilah murah.


Mula-mula nampak satu hotel berdekatan dengan Pasar Philipino... Nama dia kalau tak silap AJ Hotel. Memang plan nak pergi hotel tu la. Tapi fikir baik survey dulu. Jadi, berjalanlah kami cari lagi hotel.


Sampai kat satu hote, nama Stay Inn Hotel. Agak jauh dari Pasar Philipino. Dalam 13 minit berjalan kaki. Tak jauh sangt la sebenarnya. Harga murah kowt. RM 50 ringgit satu malam untuk single bed. Aku dengan kawan aku kurus. Jadi, boleh la tu.


Tanya kaunter, sama ada ada lagi or tak. Nasib baik dia cakap, ada satu je lagi. Cepat-cepat kami check-in. Lega...dah dapat hotel!




Nampak tak? Katil tak adalah kecil sangat. Jadi, kalau korang datang berdua, memang boleh sangat tidur sekatil. Aircond pun ada. Sejuk aja.





Toilet dia pun ok. Bersih. Lagipun flush dan paip semua function. Heater pun boleh guna. Dapat lah mandi air panas.


Tapi ada beberapa barang yang rosak. Tak berapa syoklah. Antaranya ampaian kain tuala dalam tandas dan pintu tandas.








Tapi overall ok. Layanan orang kat kaunter pun ok. Espesially perempuan yang kerja dari shift 8 pagi hingga 8 malam. Yang itu sangat lembut cara cakap.


Jadi, inilah tempat kami menginap untuk dua hari di Kota Kinabalu. Esok mau snorkeling pula. Tapi nak snorkeling kat mana? Macam mana? Tunggu next entry...



Post a Comment