SAYANG KOWG!

Wednesday 24 April 2013

Keputusan Temuduga Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik



Sebenarnya dah dekat tiga minggu aku dah terima email berkenaan dengan keputusan temuduga Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini. Tapi aku malas lagi nak bagitahu kat blog ini. Aku kena selesaikan banyak benda dulu, baru aku boleh bagitahu.


Sebenarnya 18/01/2013 yang lepas, aku dah pergi temuduga Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Dah selesai ujian bertulis, PAC (Assessment Centre) pun dah lepas, akhirnya sampai stage ke tiga, Temuduga! Pengalaman temuduga? Nantilah aku update lain. Ada berita lain nak share.


02/04/2013, aku check email. Ingat lagi, aku baru selesai solat Maghrib. Tiba-tiba terdetik nak check email. Nak tengok, manalah tau ada keputusan temuduga Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik aku tu. Alih2, betul2 ada, dan perasaan aku... Nervous gila!




Nampak tak? Nampak tak? Tak nampak aku korek biji mata korang. Allah saja tahu betapa nervousnya aku masa nak buka email tu. Terketar2 tangan nak buka. Yelah, masa depan kowt. Yang bakal menentukan sama ada aku kahwin dengan anak Tan Sri atau tak. (Eh, ada kaitan ke?).


Dan keputusannya?



Alhamdulilah. Rezeki daripada Allah. Aku lulus temuduga! Aku dapat jawatan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik tu. Syukur sangat2!


Hmm... Berkat doa ibu dan ayah aku. Alhamdulilah. Ibu dan ayah aku memang nak sangat2 aku kerj asebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. So, langkah awal aku dapat Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini. 


Aku dipanggil Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebab aku kena hadiri latihan selama setahun dulu. Setahun? Ala, lamanya. Tapi tak apa lah. Selepas menghadiri latihan, kalau aku lulus, insyaAllah, aku akan bergelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik. InsyaAllahh.


Keputusan temuduga dah tau. Cuma tunggu offer letter bila aku nak mendaftar, dan aku kena berhenti kerja aku sekarang. Bila? Macam mana? Ada halangan? InsyaAllah aku akan share kat sini.


15 comments:

wantie said...

tahniah dik. tahniahhhhh.. pew.. bukan senang nak dapat jawatan ni tau. then pas ni ko jadi orang besar. moga moga terus berjaya lepas ni. bangga sangat.

nak bangga jugak . walaupun tak kenal kamu in person tapi bangga jugaklah sebab kenal dengan bakal PTD.hehehehe...

ekeleh.. org lain yg dapat org lain lak bangga. apa kes?

BTW tahniah. sebab berjaya. bukan senang wooo nak dapat.

Mak Lin said...

Tahniah! ^_^

ina said...

wah...tahniah ye...

MAA Marketing said...

tahniah bro, kadet PTD pun ade eh post tu kt SPA? ingat PTD M41 tu je?

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Orang kata what you give you get back. Setiap apa yang buruk berlaku dalam hidup, mungkin ada hikmah dia. Mungkin Allah nak hadiahkan sesuatu yang lebih best untuk kita. Kan adik? All the best in life. Chaiyok! :D

P/S : Lama dah tak sembang. Huuu.

MK Syahir said...

tahniah tuan..semoga tuan terus berjaya didunia dan akhirat..

muah

Nurul Says said...

wah TAHNIAH!!! hey bukan senang tau nak dpt jwtn PTD ni.. hihihi apa pun selamat berkerjaya!!

Mama Amirul said...

Alhamdulillah...
Nanti kalo dah geng ngan ada Dato ke Tan Sri ke, janganlah lupa kat kita orang ni yek....

a said...

Tahniah skali lagi kawan.. do ur best~ Selalu igat, makin tinggi jawatan kita, makin banyak tanggungjawab nye.. Be a good leader okeh.. ;)

Anonymous said...

tahniah dik, bukan sbrng org boleh dapat tu !...

cik lebah said...

perh PTD tu...bkn sng..nk dpt pergi oversea...omgeee...nak sign blh???hehehe

Korn Ahmad said...

gud job bro.. tahniah...

PUTERI NATASSIA said...

tahniahh :)

Yana Sakura said...

congrats bro!! syabas betei.. Selamat maju jaya dalam kerjaya baru nanti =)

BARRY said...

Tahniah abg umar