SAYANG KOWG!

Monday, 1 April 2013

Aku Bengang Kalau..



Bengang betul aku tadi. Tadi pergi beli makanan tok lunch. Lapar gila hari ini. Biasalah hari Isnin. Kalau dah stress dan mood kerja kurang , mood makan mencanak naiklah. Lapar aja kerja today. 




Pergi kedai makan, amik makanan untuk bungkus. Aku jarang sangat makan kat kedai. Rase macam membazir masa aja makan kat kedai. Baik duk office mengadap internet sambil makan. Lagi best!


Bila selesai bungkus, aku pun nak bayar kat kaunter. Aku keluarkan duit not RM 20. Tetibe, makcik cashier juga merangkap owner restoren tu membebel. Marahkan aku sebab bagi duit besar. Dia tak cukup duit kecil tok pulangkan balik kat aku.


Memang bernanah lah aku! Dah tau ko buka kedai makan dan melibatkan duit keluar masuk tak boleh fikir ke orang bagi duit besar dan kau kena pulangkan duit baki? Takkan ko expect tiap kali orang datang kedai ko, bagi duit, sama amount dengan apa yang ko charge?


Memang geramlah aku orang macam ni. Tak payah buka kedai makan lah kalau tak de duit kecik. Bukak Money Changer lah! 


Mood: Makan nasi berulam kemarahan!


Post a Comment