SAYANG KOWG!

Tuesday, 2 April 2013

Mimpi Sakit Tekak



Semalam aku dapat satu mimpi. Aku mimpi tekak aku sakit sangat2. Aku tak mengerang kesakitan ataupun kuarkan suara. Yang aku nampak, aku pegang leher aku seakan-akan mencekik leher sendiri, dan muka memang menampakkan tekak aku sakit sangat.




Bangun pagi, aku terasa tekak aku perit sangat2. Rasa ada benda dalam tekak yang minta dikeluarkan. Kahak. Banyak kali aku kuarkan kahak tu. Tapi still ada lagi.


Pelik, wo! Aku mimpi aku sakit tekak, bangun2 memang sakit tekak betul. Badan pun rasa panas nak demam. Adoyai, sumpah tak larat sangat2!


Orang cakap, mimpi mainan tidur. Bukan boleh percaya pun pasal mimpi. Tapi ada juga orang cakap, kalau kita mimpi, tapi tak bunyi suara langsung, itu tandanya, mimpi tu betul. Sama macam kes aku. Aku mimpi tak keluar pun suara, last2 mimpi tadi kenyataan.


Tapi jangan percaya sangat. Maybe kebetulan aku mimpi sakit tekak, esoknya sakit tekak betul. Dah Allah takdirkan aku nak sakit tekak, nak buat macam mana kan.



Post a Comment