SAYANG KOWG!

Tuesday 9 April 2013

Pengalaman Menghadapi Ujian Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41



Semalam dua orang telefon aku, nak tanya pasal macam mana pengalaman aku pergi ambil Ujian Bertulis PTD. Sebenarnya, sebelum korang dapat jadi seorang PTD, ada tiga ujian yang perlu korang hadapi. Pertama ialah Ujian Bertulis. Kedua, PTD Assessment Centre (PAC) dan akhir sekali barulah Temu Duga.


Ujian bertulis akan dibahagikan kepada 5 Seksyen. Jadi, kat sini, aku akan kongsi apa pengalaman aku masa aku jawab soalan PTD pada 30/04/2012 yang lepas. Kiranya, setahun jugaklah berlalu. Jadi, aku rasa masih relevan untuk aku kongsi.


Seksyen A, ialah Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling. Ini bagi aku part paling aku tak suka. Nak kena baca sejarah Malaysia, nak kena tahu perjanjian itu dan ini. Pada aku, part A ini tak ada lah sangat isu semasa. Banyaknya tentang benda yang lepas. 



Kalau Part A ini, memang skopnya terlalu luas. Tak tahu nak baca apa. Tapi, aku ada baca buku Malaysia Kita. Dalamnya, terkandung banyak benda pasal sejarah Malaysia. Tapi ada beberapa soalan sahaja yang masuk. Yang lain, banyak pasal pengetahuan am yang lain. Paling penting, kena banyak baca pasal hal dunia. Sebab hal ini, kita selalu terlepas pandang.


Seksyen B, Daya Menyelesaikan Masalah, yang ini part paling rumit. Kenapa aku cakap rumit? Sebab ada soalan Matematik dan IQ. Bukan soalan susah, tapi korang kena ambil masa untuk fikir elok2 dan jawab dalam masa yang singkat. Dalam masa 45 minit, korang kena selesaikan 40 soalan.


Memang tak sempat! Itu yang aku alami. Aku hanya dapat jawab separuh aja, yang lain aku tembak. Petuanya, jangan jawab satu soalan terlalu lama. Dah dapat jawapan terus tanda. Jangan harap korang akan ada masa untuk check balik soalan yang korang dah buat.


Seksyen C, Pengertian dan Kefaham Terhadap Esei-esei. Ini part yang paling senang, Ada 20 soalan sahaja, tapi korang ada 35 minit untuk menjawab. Hanya baca petikan atau esei yang diberi, dan jawab soalan berdasarkan petikan. Senang gila! So,jangan susah hati kalau part ini.


Seksyen D, Esei Bahasa Melayu. Sapa tahu baca dan menulis dalam Bahasa Melayu, confirm korang akan  skor part ini. Ala, soalan ala2 masa SPM aja. Tapi ingat, fahami kehendak soalan. Dan bila menulis jawapan, korang lebih baik letak contoh dan fakta. Baru gempak! Kalau setakat letak point, tapi tak ada fakta yang menyokong point korang, tak ada bezalah dengan orang lain.


Seksyen E, Esei Baha Inggeris pun sama macam jawab Esei Bahasa Melayu. Tapi kat part ini,yang tak bestnya, grammar kena jagalah. Kalau tak perfect pun, janganlah sampai grammar macam budak darjah Satu.


Itu jelah kot apa yang aku dapat kongsi. Tapi, korang janganlah ikut bulat2 apa yang aku alami dan kongsi ini. Sebab aku pernah sekali je hadiri Ujian Bertulis PTD ini dan alhamdulilah aku lulus. So, kalau sapa pernah pergi Ujian Bertulis PTD ini banyak kali, mungkin boleh share2 sikit kat sini ok.


Ingat, pada aku memanglah Ujian Bertulis PTD ini susah sikit dan ramai yang akan hadir untuk jawab. Tapi, mana tahu rezeki korang masa tu. So, jangan stress sangat dan takut gagal! Cuba, usaha dan tawakal ok. Dah jawab, Allah akan tentukan rezeki korang. So, usaha! 


Buat yang terbaik!


JOM KLIK IKLAN :


16 comments:

Adilah Asari said...

wah..mencabar tak??
dulu masa temuduga dekat upsi pun yaya rasa gementar sungguh

YnaRazali said...

Sama macam CikYna masa amek ujian pegawai antidadah,soklan matematik semua hentam je..huhu

Unknown said...

owhh..matematik klau 40soalan 45 minit tu..han rsa boleh pitam kot...

lemah sgt math..sedih -_-

wantie said...

pernah gak sit exam ni. tapi kan sekarang ni lebih susah dari dulu.kalau dah lulus ujian tu ada ujian fizikal pulak. pas tu kena contrak 6 bulan. dalam masa 6 bulan tu belum tentu akan di terima.

kalau tak di terima alamatnya pas ni menganggur la. hahahaha...

that why akak tak teruskan. fikir balik. tak pelah jadi ibu yang terbaik dah mencukupi dari dok kejar jawatan PTD tu.

biar lah hubby je yang post tinggi. kang lawan tokey plak.

BTW sesapa yg single tu di galakkan memohon. kalau ada rezeki memang lumayan. hohohohoho

Unknown said...

seksyen A,kalo bab2 benda lepas/sejarah memang payah la den ni nak mengingat.

Luqman Zakaria said...

mcm mencabar jugak bunyik nye! huhu~

Unknown said...

perhh..nak join PTD ni kiranya kena cukop pakej la dari SPM lg..

Unknown said...

bunyi je nmpak susah

nk buat kompem lg susah

lol

selamat aku xnk join mende alah ni

Unknown said...

owhh lagu tu eyh abg umar..nice sharing bro..bekalan utk masa depan ni.. :D thank Q!

Unknown said...

owhh lagu tu eyh abg umar..nice sharing bro..bekalan utk masa depan ni.. :D thank Q!

Anonymous said...

wah mmg cukup2 mencabar yer

4feet8 said...

wah terernya. seriously, saya pun tak dpt jwb multiple choice isu semasa. tapi itulah, memang dah tertulis bukan rezeki.. semoga ada panggilan seterusnya.. ;)

Anonymous said...

trima kasih banyak2...coz sudi berkongsi pengalaman awak tu...trima kasih sangat2....(^_^)

annurislam said...

Salam...sekadar ingin berkongsi pengalaman...sy punya exam tahun nie, 2013. Yang saya perhatikan, format laen dengan tahun lepas..thanks 4 da info.. :)

http://annurislam90.blogspot.com/2013/04/soalan-peperiksaan-ptd-2013.html

sarah said...

fuyoo lulus..terror lah camtu...

Anonymous said...

now you dah jadi PTD ke?