SAYANG KOWG!

Thursday 4 April 2013

Dato' Siti Nurhaliza Bakal Ke Royal Albert Hall London Lagi



Ingat lagi korang, betapa susah payahnya Dato' Siti Nurhaliza cuba untuk membuat konsert solo dan pertamanya di Royal Albert Hall London. Masa tu, macam-macam kita dengar. Konsertnya tak berjayalah, sambutan kurang, tiket banyak bagi free dan diskaun dan macam-macam lagi.




Tapi, alhamdulilah, konsert tu tetap berlangsung dan berjalan dengan lancar. Kalau sapa2 pernah tengok konsert Siti Nurhaliza kat Royal Albert Hall London pada tahun 2005 tu, tak kiralah dalam youtube ka, beli kaset or VCD konsert tu ka, mesti takkan lupa, betapa hebatnya persembahan Dato Siti Nurhaliza.


Aku pun masih ada VCD dan Kaset konsert Royal Albert Hall dia. VCD tu, aku masih pasang sampai sekarang. Part paling best, tentulah bila Dato Siti Nurhakiza nyanyikan medley lagu2 cinta beliau. Dari Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Purnama Merindu, Diari Hatimu. Masa tu best sangat2.


Ok, lupakan sejenak konsert beliau pada tahun 2005. Sekarang pula, melalui Twitter kakak ipar merangkap pengurus Dato' Siti Nurhaliza, Rozi, dengarnya Dato' Siti Nurhaliza bakal membuat konsertnya lagi di Royal Albert Hall London.




Ingat tak selepas selesai sahaja konsert beliau pada tahun 2005, pihak pengurusan Royal Albert Hall London ada menjemput Dato' Siti Nurhaliza untuk mengadakan lagi konsertnya di situ? Mungkin ini juga salah satu sebab kenapa Siti nak buat lagi konsert di sana.


Tapi yang menjadi masalahnya, pihak Siti Nurhaliza memerlukan penajaan lebih kurang RM 2 Juta untuk menampung segala kos untuk membuat konsert di sana. Wow, satu nilai yang amat besar! Eh, tapi boleh je ada pihak yang taja Psy untuk datang ke Malaysia dengan nilai yang sama RM 2 Juta!


So, apa lagi wahai syarikat2 korporat Malaysia. Masa inilah nak bantu artis-artis tempatan untuk mengembangkan lagi nama di serata dunia di samping boleh mempromosikan Malaysia.


Mood: 
Harap jadilah konsert Dato Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall London buat kali kedua.



7 comments:

hazwan hairy said...

2juta?perghhh sgt gila..haha..sp lah yg akan taja ni!

Anonymous said...

moga tercapailah apa yg dicita2

Unknown said...

aku kalau ko yg buat konsert kat royal albert hall tu insyallah aku gi kbai...

Mawardi yunus said...

retis2 macam kita layak ker nk ikot.. oh.. kbai ahhahaha

a said...

klu jadi..boleh lah kita berkampung di london tgk siti nyanyi..eh.. hihi

Unknown said...

HEBATNYA :D

NoEn said...

huhu 2 juta banyak tu