SAYANG KOWG!

Tuesday 23 April 2013

PRU 13 : Tiga Artis Popular Bertanding



20 April 2013, berlansungnya hari penamaan calon untuk Pilihan Raya 13 (PRU 13). Jadi kita dah tahu semua senarai calon yang bertanding baik untuk parlimen mahupun DUN. 


Yang menariknya, umtuk pilihan raya kali ini, kita dapat tengok ada tiga artis popular yang akan bertanding. Wow! Berani betul pemimpin parti masing2 untuk mencalonkan artis bagi mewakili parti mereka. Mereka yang bertanding adalah seperti berikut:


1) Aisyah 




Penyanyi Aisyah akan bertanding buat pertama kali untuk merebut kerusi Parlimen Jempol. Beliau yang mewakili PAS akan menentang Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Penyandang kerusi bagi Parlimen Jempol ialah Datuk Lilah Yasin.


2) Dayangku Intan




Penyanyi yang popular dengan lagu Berpaut DiDahan Cinta, Dayangku Intan pula akan menentang calon dari Barisan Nasional, Datuk Seri Azalina Othman Said dan juga calon Bebas, Mohd Azaman Johari di Parlimen Pengerang, Johor. Beliau yang mewakili PKR bertanding atas kesedaran untuk membela nasib artis Malaysia.


3) Herman Tino


Nama Aisyah dan Dayangku Intan memang disebut-sebut untuk bertanding dalam PRU 13. Tapi pada hari penamaan calon Herman Tino mengejutkan ramai orang kerana turut bertanding bagi merebut kawasan Parlimen Tanjong Karang. Beliau akan ditentang oleh Datuk Seri Noh Omar (BN) dan Mohd Rashdi Deraman (PAS).


12 comments:

wantie said...

Betapa meriahnya PRU13 kali ni. mesti pening nak pilih yang mana.

Unknown said...

:).. semoga kita semua tidak silap memilih...

Fazlina Ridzwan said...

ado potensi bleh monang ko HT tuh...apepon, smoga mereka berjayo..

a said...

herman tino tuh awan nano kan?? hehehe.. kakton takde plak ek..=.="

pjie said...

hahaha
kalau kak ton masuk PRU
manifesto die nak melahirkan rakyat2 yg comel je haha

NM03 said...

selamat maju jaya buat semua yang bertanding.

Anonymous said...

doakan saje & kita kena buat pilihan yg terbaik !

kurus said...

bijak2 lah memilih ;)

Unknown said...

Selamat mengundi abg umar! :)

Pha Is said...

ramai yg x disangka-sangka masuk bertanding dlm pru kali ni.. mcm pha is, baru tau yg ustaz kat sekolah dulu dah masuk bertanding.. hahaha

Anonymous said...

Go wak Herman, itu menteri penuh kasi cuti dulu lainnn kalii lahhh!!!, dh lama sgt dah......Pesanku sprti Tun Dr Mahathir Berhentilah makan sebelum perut kita kenyang.......
DacingCrew

Unknown said...

aku lebih berkenan derang ni jadi penyanyi dari jadi politikus kbai