Menakutkan betul! Seorang wanita berusia 52 tahun, Ong Ai Sam, mati ditikam bertubi-tubi oleh dua orang lelaki yang ingin meragut beg tangannya sewaktu dia sedang berjoging di Seksyen 1, Bukit Gasing.
Masa kejadian, suami dan juga anak mangsa berusia 17 tahun ada di tempat kejadian. Tapi dalam surat khabar Kosmo, tak ada pula cerita dengan detail macam mana boleh terjadi, ataupun temu bual dengan anak atau suami mangsa yang ada kat tempat kejadian.
Subhanallah. Sumpah aku ngeri bila baca kejadian ragut. Tambah-tambah lagi, sehingga menyebabkan kematian. Risau betul aku. Aku pun masih dalam keadaan trauma bila teringatkan kejadian ragut yang menimpa aku minggu lepas. Nak tau? KLIK SINI.
Aku rasa, mungkin mangsa masa tu berkeras tak mau bagi beg tangannya. Sebab tu penyamun bertindak ganas dengan menyerang mangsa dan menikamnya. Pesan aku, tak payahlah nak lawan balik. Bagi aja apa yang ada. Kalau melawan, nasib tak baik, nyawa kita pula melayang.
Ingat, barang atau harta kita yang disamun atau hilang, kita boleh cari, boleh ganti balik. Tapi nyawa kita? Sekali ini je kita dapat. Tak kan ada dah gantinya.
Buat penyamun kat luar sana, ingat, mungkin kat dunia korang terlepas, atau lebih teruk Allah balas terus kat muka bumi, tapi ingat, kat akhirat, korang insyaAllah tak akan terlepas!
10 comments:
slm pagi isnin yg ceria!owh smlm ms tgk brta sedih,terkejut,grm,benci semuanya ada.
kot nk samun pun samun jelah tok sah smpi n tikam2 bagai.dh lah kategori warga emas dh nyonya tu,kesian dia.
yup betul tok sah melawan,srhkan je sbb penjenayah bila tdesak apatah lagi kalau dibwh pgrh dadah,emosi lebih menguasai akal fkrn....
Ishk apa nk jdiklah dunia skg ni..
tu la dik. hari tu pun kamu ada ckp yang perut kamu nak di rodoknya.
ish.. kalau akak pun akak kasi semuanya. memang takut woo..
tak tau lah sekarang ni apa nak jadi. dorang guna kesempetan ke lekaan org perang PRU13. dorang perang menyamun..
Manusia kat dalam dunia ni dah semakin MENGILA... =='
dah la nk ragut, pegi bunuh skali pulak tu..kejam n xde otak..
mak aih.. kejam nye.. hurmm :(
mak aku pernah kena ragut..
teruk betul diorang tue..
kalau dapat, elok kita sagat reramai...
erkkkk tetiba aku terkedu...
Takutnya...apa nak jdlah org zaman sekarang nie..bertindak zalim...
dunia skrg dah tak fikir nyawa manusia...
Post a Comment