SAYANG KOWG!

Wednesday, 24 April 2013

Blogger Bikin Kecoh Di FRIM, Kepong



Hujung minggu lepas, tak tahu nak buat apa kat rumah. Bosan gila. Macam biasa, bila tak tahu nak buat apa, rumah Pari-Pari Putih menjadi sasaran aku. Jumaat malam sabtu aku terus lepak rumah dia. Jangan fikir aneh! Dia dah ada suami dan anak. So, tak ada kejadian tangkap basah di sini.


Bukan aku sorang tak ada life. Tapi ramai lagi blogger lain yang lepak sama2 dengan kami. Iffah Afeefah, Noor Zaitul Akmar, Norain, MK Syahir, dan Mawardi. Nampak tak permainan dia? Kami semua tak ada life! Itu sebab tak tahu nak buat apa bila weekend tiba. 


Hari Ahad, kami pergi Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Pari-Pari Putih bersemangat sangat nak pergi. Aku pun tak tahu apa yang best kat sana. Owh, maybe ada gajah, singa dan dugong macam zoo kot. Entah, tak pernah sampai.


Nak masuk kena bayar. Tapi kau tak tahu macam mana dia kira. Kami dengan satu kereta, dalamnya ada 5 orang kena charge RM 9. Pandai2lah korang kira. Paling aneh, dia tanya ada bawa kamera tak? Gila r! Nak charge jugak ke bawa kamera masuk dalam? Ada dinosour ke kat dalam sampai kamera kena charge?


Mak datuk! Ramai gila yang datang kat sana. Macam ada Perhimpunan Bersih ramainya. Paling aku tak suka, nak naik ke atas. Jauh gila rasanya. Boleh turun 18kg macam ni. Tinggi wooo. Penat!


Bila sampai kat atas, nak tergelak! Air paras buku lali je. Letak semut,semut pun tak lemas. Cetek gila. Tak boleh buat aksi kuak lentang dalam air. Frust!


Nah, tengok gambar je lah. Gambar pun tak banyak sebab tak tahu nak tangkap gambar apa. Haha.




















Post a Comment