SAYANG KOWG!

Wednesday, 10 April 2013

Pecutian Dua Hari Satu Malam di Marata-Rata Tempat (Part 2)



Ingat lagi cerita pasal aku keluar dengan kawan2 masa belajar kat UiTM Merbok, Kedah hujung minggu lepas? Tak ingat atau tak baca lagi boleh KLIK SINI. 


Lepas dari lepak2 kat Putrajaya, kami plan pula pergi Bukit Ampang Lookout Point. Antara kami tak ada sorang pun yang tahu jalan nak pergi sana. Tapi dengan adanya Waze kat iPad aku.. segalanya mungkin! Hahah. Tapi dengan bantuan pakcik kat station petrol kami dapat sampai kat sana.


Bila sampai kat sana, bukan main meriah lagi aku tengok. Ramai orang! Siap ada kedai makan apa semua kat situ. Bagi aku tak ada apa pun kat situ. Cuma yang bestnya, dapat tengok bangunan2 tinggi dalam Kuala Lumpur ni dalam keadaan bercahaya. KLCC pun nampak dari situ. 







Bila azan Subuh je, kami terus blah dari situ. Gila kau nak stay? Boleh terbakar kowt. Haha. Kami singgah sembahyang kat satu masjid. Tapi aku lupa nama masjid tu. Tapi kat kawasan Sungai Besi. Lepas solat, kami breakfast kat satu kedai mamak.


Masing2 muka dan penat. Siap tidur dalam kereta bagai. Tapi, ada satu lagi idea aneh! Kami tak mo balik lagi. Masing2 still nak berjimba-jimba lagi. Mulalah timbul lagi idea gila.. Nak g Melakalah, Zoo Negaralah, macam2 lah idea. Tapi last2 kami pilih nak pergi Sungai Tekala, Semenyih.



























Pukul 11 pagi, kami bertolak balik ke rumah masing2. Sumpah penat gila sebab dah lama tak overnight! Apa2 pun best dapat lepak dengan korang semua. Harap nanti boleh lepak2 lagi.


JOM KLIK IKLAN :



Post a Comment