SAYANG KOWG!

Tuesday, 23 April 2013

Konsert Solo Hafiz di Dewan Filharmonik Petronas


Selain daripada Allahyarham Dato' Sudirman dan Anuar Zain, Hafiz lagi seorang penyanyi lelaki Malaysia yang aku minat. Suara dia sangat2 sedap. Kalau dia bawa lagu balada, memang emosi yang dibawakan sampai kat pendengar.




Aku pernah dua kali dengan Hafiz bawa lagu secara live. Pertama lagu Awan Nano masa Anugerah Juara Lagu. Kedua masa Anugerah Juara Lagu ke 27 dengan lagu Ku Akui. Masa dengar dia nyanyi, meremang bulu roma. Masa tu, memang aku dah niat, if Hafiz ada buat konsert, memang aku nak pergi.


3 Jun 2013 ini, Hafiz bakal beraksi solo, di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Tapi, 3 Jun 2013 ini aku masih kat kampung aku sebab abang aku kahwin. So, memang terlepaslah peluang aku nak tengok konsert solo pertama Hafiz.


Tiket dijual dengan harga RM 80, RM 128, dan RM 144. Tapi dengarnya, tiket yang berharga RM 80 dah habis dijual. Aku pun dengar, 80% daripada tiket dah habis dijual. Hanya tinggal 20% lagi.


Jadi, sapa2 peminat Hafiz dan juga peminat industri muzik Malaysia, bolehlah beramai-ramai pergi beli tiket dan tonton konsert solo Hafiz ini. Bukan selalu. Sokonglah industri muzik Malaysia.

Post a Comment