SAYANG KOWG!

Thursday, 21 March 2013

Selamat Hari Lahir Adik



Tadi bila tengok Kalender, baru aku teringat, hari ini 21 Mac 2013. Aku duk tertanya-tanya, apa yang aku tertinggal hari ini. Ada benda penting hari ini. Apa ye? Sumpah aku lupa. Hari aku bersunat 14 tahun yang lepas ke? Hari pertama aku baligh ke? Lupa..lupa..


Then bila kau tengok balik handphone aku, baru aku teringat, hari ini birthday adik aku yang last, satu-satunya perempuan dalam adik-beradik aku. Selamat Hari Lahir Adik! Sorry la angah wish lambat. (Eh, pukul 10.30pg tak lambat, kan?).





Ini lah adik aku yang aku maksudkan. Kenapa muka lain?Dia anak pungut kowt. Haha. Tak adalah. Dia ikut muka ayah aku, aku pula ikut muka ibu. Tu yang lain sikit tu. Warna kulit pun lain sikit. Aku agak cerah, dia gelap sikit. (Bestnya kutuk adik sendiri). Hahah.


Tahun ini, adik aku nak ambil PMR. So, aku nak wish, moga dia belajar rajin2. Moga rezeki dia melimpah ruah. Ingat dik, adik masih muda, jangan nak gatal2 main cinta. Belajar rajin2 ok. Angah belum nak adik ipar! Hahaha..


Sekali lagi,
Selamat Hari Lahir Adik.







Post a Comment