Ingat aku cerita aku pasal kes Pinjaman PTPTN aku hari tu? Ala kes yang aku masih kena bayar PTPTN walaupun aku dapat ijazah kelas pertama dan kos perkhidmatan aku tak boleh diturunkan dari 3% kepada 1%? Tak ingat? SILA KLIK SINI.
Aku dah mula bayar duit PTPTN yang aku pinjam. Dua bulan lepas baru aku mula bayar. Masa mula aku nak bayar tu, sebenarnya aku ada kemukakan masalah aku pada pegawai PTPTN yang ada. Aku tanya dan ceritakan masalah aku.
Dia cakap dengan aku, untuk kes bayar balik walaupun dapat ijazah kelas pertama itu betul, sebab aku tak tamat belajar dengan PTPTN. Kiranya aku macam langgar kontrak PTPTN lah. Jadi, aku masih kena bayar sebanyak duit PTPTN sebanyak mana yang aku ambil.
Tapi untuk kes pertukaran kos perkhidmatan dari 3% kepada 1%, dia cakap aku kena isi borang permohonan. Then aku cakaplah, hari tu aku memang nak isi, tapi ada pgawai PTPTN lain cakap, sebab aku tak habis degree dengan PTPTN, aku tak layak.
Tapi pegawai PTPTN yang ini cakap, aku cuba isi borang pertukaran ujrah tu dulu, then dalam masa dua minggu aku akan dapat berita sama ada aku dapat tukar caj perkhidmatan itu atau tidak.
Baru-baru ini, bila aku check email, alhamdulilah, PTPTN dan meluluskan permohonan aku untuk mendapatkan kaedah pembayaran berdasarkan ujrah 1%. Tapi, aku kena isi beberapa borang yang diberikan dan hantar balik kepada PTPTN.
Walaupun sedikit aja perbezaan, tapi syukurlah, paling2 kurang dapat jimat lagi. Tak payah bayar banyak sangat. Ini lagi menambahkan semangat aku untuk bayar duit pinjaman PTPTN aku ini. Haha.
LEGA!
8 comments:
Alhamdulillah.. ok lah tuh.. sedikit tuh lah leh beli gula2.. hahaa
syukur alhamdulillah :)
duit lebih tu boleh blnja ika makan kepci.wkwkwk
syukur alhamdulillah.. tak dpt pengecualian bayaran dapat kurang pun dah kira rahmat besar dah tu...
paling2 dapat kurangkan bayar PTPTN... nanti boleh kumpul duit kahwin awal.. haha
salam singgah ^^
Alhamdulillah..akhirnya diluluskan gak yek...wah! Grad 1st class..
tahniahh . cepat2 selesaikan hutang , so bolehlaa lega :)
Tahniah, Alhamdulillah, lega la sikit kan.. :) hope nnt degree dpt ijazah kelas pertama too..hohoh
Sama la kita. Dpt PT utk 3 sem. Lps tu dpt Biasiswa KPM. Dpt 1st class degree pon dia ckp xleh masa tanya dkt cawangan KL Sentral time konvo lpas. Then baru2 ni ada member ckp kes mcm ni pon boleh mohon. Tp tu la x pi tanya direct dgn pgwai ptptn lagi. Ujrah plk pernah mohon, lulus, tp tak ambik apa2 tndkn pon..Huhu...
Post a Comment