Tahniah aku ucapkan kepada isteri Perdana Menteri kesayangan ramai, Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansur di atas pelancaran buku biografinya yang bertajuk Biografi Rosmah Mansor pada 19 Mac 2013 di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Wow! Memang sangat2 hebat. Dalam pengetahuan aku, belum ada lagi isteri Perdana Menteri Malaysia yang terbitkan buku biografi sendiri. Kiranya pecah rekodlah. Eh, jap! Boleh masuk Malaysia Book of Records tak?Jadi, tahniah aku ucapkan.
Buku setebal 164 muka surat serta mengandungi 12 bab ini dijual dengan harga yang murah dan berpatutan iaitu RM 150 sahaja. Dalam buku ini, ada diletakkan pengalaman dan perjalanan hidup Datin Seri sejak zaman kanak-kanak sampailah menjadi isteri Perdana Menteri sekarang.
Lagi best, korang tahu tak yang ada lagu yang diciptakan khas untuk Datin Seri Rosmah Mansur yang bertajuk Wanita Perdana? Lagu ini dicipta oleh Pak Ngah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) dan lirik oleh Mak Mah (Rosminah Tahir) dan didendangkan oleh penyanyi Misha Omar.
Aku dah cuba google lagu Wanita Perdana - Misha Omar. Tapi tak jumpa. Tengok kat Youtube pun tak ada. So, aku tetiba konfius ada wujud ke tidak lagu ini atau belum dirakamkan. Jadi, kita tunggu sama-sama ok.
Jadi, ramai-ramai dapatkan buku Biografi Rosmah Mansor dipasaran. Kepada adik-adik siswazah yang tak guna lagi Baucer Buku 1Malaysia, boleh lah guna untuk beli buku ini (kalau dapatlah). Ala, lepaklah, tak mahal pun. Bila guna RM 250, korang ada lagi RM 100 sebab buku ini harga RM 150.
Selamat membaca!
(Eh, kalau aku ada salah maklumat bagitahu tow!)
7 comments:
hurmm...lalalala...speechless
kikikiki. nak beli ah 1.50 je :))=))
wah....
sebenarnya teringin nk baca biografi dr siti hasmah sbb nak tau pengalamannya merawat mangsa masa perang di bosnia dulu..
aku nak usha kat mph , nak pinjam sejam due..
:)
errr...
bagi free pun aku tak baca...ehh...
#komen ni tiada kaitan ngan politik ye sbb aku mmg x suka baca buku2 cenggini...muhahahaha
Ptt beli nie... Maklum la,ciri2 wanita Islam ... Kna support
Post a Comment