Hari ni hari Isnin. Woooiii! Hari Isninlah. Bukan Sabtu or Ahad. Biasalah, Monday Blues. Semangat ke Laut China Selatan. Tak dak mood langsung hari ini. Bukan sikit, tapi tak ada langsung. Bangun dengan malas, mandi dengan malas, bawa motor dengan malas. Semuanya, gara2 hari Isnin.
Actually hari Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas aku kat Kampung Simat, Johol, Negeri Sembilan. Sepupu lelaki aku kahwin. Yang hari tue sebelah perempuan. Kali ini sebelah lelaki. Memang penat nak mampus.
Hari Jumaat drive dari KL ke Johol. Then, malam pula amik adik aku kat MRSM Jasin, Melaka. Then esok hari Sabtu pula kenduri dari pagi sampai ke malam. Hari Ahad pula, pagi2 dah pergi mancing. Petang pula drive dari Johol ke KL. Tenaga memang habis dah digunakan.
Sampai rumah aja semalam, rasa nak tidur aja. Tapi aku gagahkan diri juga, mandi, makan, basuh baju, solat, lipat kain, iron baju dan buang air besar. Kalau ikut hati, mau aja buang air atas tilam. Haha. Punyalah malas! Tapi semalam pukul 10.30 aku kat tidur. Penat sangat2!
Hari ini pula kena kerja. YaAllah, ikut hati yang tak mulia ni, ingat sahaja aku amik MC. Golek2 atas tilam macam ikan dugong lagi best. Haha. Tapi apakan daya, selaku pekerja cemerlang, hensem lagi bergaya (tipu, tipu dan tipu), aku datang juga kerja.
Ok dah! Habis membebel. Mau start kerja dah. Papai!
3 comments:
fuyoo..penatt..penatt.. padat sgguh jadual..rajin kan aje wlpn ngntuk..cm student ler..haha
btw,selamat bekerja ya! ^_^
aku gagahkan bace entry ko wlpun aku penat jugak
Post a Comment