SAYANG KOWG!

Thursday, 7 March 2013

Selamat Hari Lahir Along



Semalam aku dah plan nak kol abg aku kul 12, nak jadi adik yang baik katanya. Tapi, maafkan aku Along, Angah tertido! Tak dapatlah jadi adik yang baik semalam. Tapi tak apa, pagi2 buta aku dah kol dia.


Owh, lupa! Hari ini birthday abang sulung aku. Umar Nurhadi Bin Baharudin. Kami beza dua tahun aja. Dia umur 26 tahun. Aku umur 15. Eh? Tadi kata 2 tahun aja beza. Hahah. Dia dah tunang. Tahun ini, bulan 6 dia akan kahwin. Yeyeye! Dapat kakak ipar.


Sekarang dia kat Sarawak. Jadi cikgu biasalah, awal2 kena hantar kat Sarawak. Tapi tak pe lah, kan? Elaun banyak berkepuk-kepuk. Tapi yang tak bestnya, aku dan family lain jaranglah dapat jumpa dia. 


Kepada Along, Angah doakan moga Along panjang umur, murah rezeki lagi. Moga perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada bulan 6 ini berkekalan sampailah hujung nyawa. Cepat-cepat buat anak, ibu dan ayah tak sabar mau jadi atok dan nenek, kami adik beradik tak sabar mau ada anak sedara. Hehe.


Again, Selamat Hari Lahir Along!


Post a Comment