SAYANG KOWG!

Monday, 11 March 2013

Ulasan Filem : Oz The Great and Powerful



Semalam aku lepak dengan kawan-kawan sekolah rendah. Kami lepak kat KLCC ok! Haha. Grand x? Grand x? Aku jarang gila pergi KLCC. Selalu lepak kat One Utama aja. Tapi dah semalam diorang nak sangat lepak kat KLCC, aku pon on aja lah.


Dah lama gila tak tengok wayang. Kali terakhir pun aku dah tak ingat aku tengok cerita apa. So, semalam kami tengoklah cerita Oz The Great and Powerful.




Permulaan cerita sangat best. Bestnya sebab penggunaan filem hitam putih. Best nampak! Tapi ada juga part yang sedih bila ada seorang budak cacat tak boleh berdiri minta tolong Oz untuk bagi dia dapat berdiri balik. Sedih kowt part tu.


Pastu kita juga disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik bila Oz sampai kat negeri yang diberi nama Oz. Tapi bagi aku part tu nampak berlebih-lebihan. Over sangat penggunaan CGI dia.


Aku sangat suka watak Monkey tue. Comel sangat2. Monkey tu pun lawak. Paling lawak bila Monkey cuba meniru bunyi lembu untuk alihkan perhatian ahli sihir Glinda.


Overall bagi aku cite ni best. Sesuailah kalau nak gelak2. Walaupun cerita ni memang tak logik dan macam budak2 tapi ok je kalau orang dewasa nak tengok. Overall, 3.8 daripada 5 bintang.


Post a Comment