SAYANG KOWG!

Wednesday 6 March 2013

Album Baru Dato' Siti Nurhaliza 2013



Semalam aku dengar Petang di Era bersama dua jejaka yang tak kahwin2 lagi, Zahid dan Adi. Best juga layan diorang ni. Macam-macam segmen diorang buat. Boleh la korang layan kalau stuck jammed petang2. 




Tapi aku bukan nak cerita pasal Petang di era tu. Aku nak cerita pasal berita yang diberitahu oleh Adi dan Zahid semalam. Khabarnya, penyanyi Dato Siti Nurhaliza nak keluarkan album baru tahun ini. Kemungkinan besar, bulan April 2013.


Kali terakhir Dato Siti Nurhaliza keluarkan album, tahun 2011. Itu pun album Englishnya, All Your Love. Aku pasti dan yakin, ramai peminat2nya yang tengah tunggu album Dato Siti Nurhaliza terutamanya lagu balada.


Tapi aku pun tak tahulah kebenarannya. Betul or tak bulan April 2013 ini. Yela, berapa hari je lagi kan nak bulan April. Tapi kemungkinan tu ada sebab Dato Siti Nurhaliza kan baru sahaja keluarkan singlenya bertajuk Galau.


Tunggu ye peminat Dato' Siti Nurhaliza!



6 comments:

Unknown said...

Tetap suka lagu CINDAI eh...

Faridzuan said...

Harapnya selepas Kak Siti dah mula bertudung litup ni dia keluarkan lagu-lagu yang memberi semangat membara dan motivasi kepada para peminat. :)

dariilhamkehati said...

oh yeah , meme minat CP sangat , sentiasa tunggu lagu baru dari beliau :D

THE AUTHOR said...

Rindu nak dengar lagu-lagu Balada dia...
Yang terbest ialah lagu sama Hafiz...

Nong Andy said...

cantiknya bila Dato siti pakai tudung profer :)

kak tie said...

alamak..cantik tudung CT..nak cari satu gak...:)