SAYANG KOWG!

Thursday, 14 March 2013

Aku Diserang Tentera Filipina?



Adoyai! Bangun pagi, terkejut kot tengok Field aku kena serang. Mau tak menangis. Semalam aku kumpul banyak gila Gold and Elixir, alih2 hari ini kena serang. Banyak gila aku punya Gold and Elixir kena curi.


Ok. Maaf! Aku nak mencarut dulu kat atas. Sekarang baru aku terangkan. Actually, aku main game Clash of Clan. Game ni mengkehendaki kita untuk kumpul Gold dan Elixir untuk bina penempatan kita. Kita juga boleh bina askar melaluinya. Faham? Hehe.


Tapi part paling menakutkan bila tengok, Field aku kena serang dengan orang Filipina. Clash of Clan ini game online. So, kita boleh serang sesiapa sahaja yang kita suka, dari serata dunia. Yang peliknya aku asyik kena serang dengan orang Filipina kot.


Nama Clan aku ialah Malaysia 1147. Clan Castle ini kiranya macam grouplah. Kat sini kite leh chat dan tolong donate askar2 kita kat orang lain. 




Nampak tak? Nampak tak? Inilah Clan aku. Malaysia 1147. Aku rasalahkan, disebabkan nama Clan aku Malaysia, so aku kena serang dengan orang2 Filipina. Tak caya?




Nampak tak? Pinoy Ako, Philippines II, dan Filipino Clan serang aku? Tiga berturut2. Ini nak balas dendam kes Lahad Datu ke apa? 


Tak apa2. Siap korang. Aku nak siapkan bala tentera aku untuk serang korang balik! 



Post a Comment