SAYANG KOWG!

Wednesday, 13 March 2013

Jimba-Jimba Bersama Blogger Apakah?



Hari Sabtu lepas, aku pergi join Event Sehari Bersama Blogger Apakah? kat Seremban, Negeri Sembilan. Aku dari KL dengan empat orang gadis idaman Malaya (Iffah, Ain, Zaitul dan Dik Bi). Macam biasa, selaku jantan keparat, memang aku terpaksa menjadi pemandu diorang pergi sana.


Meeting point kami kat KL Sentral. Tapi sebelum tu, pukul 9 pagi aku dah amik Zaitul kat rumah dia. Dia kan Puteri Lindungan Bulan. Itu yang kena amik sampai depan rumah. Pukul 9.30 pagi, kami dah sampai depan KL Sentral. Ain dan Iffah dah sampai, tapi seorang lagi gadis ayu, Dik Bi tak sampai lagi. So, kami parking kereta kat KL Sentral then pergi makan breakfast dulu kat Medan Selera atau Food Court dalam Bahasa Inggerisnya. (Dik Bi tak faham Medan Selera tu apa, tapi bila cakap Food Court terus tau).


Dalam Food Court, kami makan roti canai dengan teh tarik. Yang tak leh blah, Zaitul telah memulakan sesi menggatal! Haha. Sesi menggatal telah berjangkit kat empat2 gadis tu. Errr..maksud aku, diorang ada usha laki dalam Food Court. Dah la laki tu datang ngn awek dia, tak pasal2 awek dia usha macam nak makan kami .



Itu lelaki yang mereka gila-gilakan.


Lepas habis breakfast dan Dik Bi dah sampai kami bertolaklah pergi Seremban. Jauh tak ada lah sangat. Tapi sebab jammed. Lama gila nak sampai.  Rasa jauhnya macam pergi Korea (ok, itu tipu). Tapi betullah lama kowt.


Then kami sampai kat Terminal Satu. Kat sana Anis dah tunggu kami sebab kami tak tahu jalan nak pergi A&W (tempat perjumpaan). Lepas amik Anis, kami terus pergi A&W. Dalam 10 minit tunggu, datanglah Akmal Hakim dan Liyana Hamid plak. Lima minit kemudian, MK Syahir plak datang.


Bila semua dah ada, sesi yang paling ditunggu-tunggu. Makan! aku pun tak ingat kali terakhir aku makan kat A&W bila. So, memang tak pandailah nak order. Nak makan apa pun tak tahu. Aku order Set Coney Hotdog. Thanks kepada Dik Bi sebab belanja kami.










Tapi sumpah aku cakap, kepada sapa2 yang tak pernah makan kat A&W, jangan sesekali cuba. Kalau korang cuba, sumpah menyesal. Dah lah burger yang dihidangkan kecil, kentang pulak keras. Nasib baiklah ada air Root Beer. Sangat sedap esp bila tambah dengan aiskrim. Rasa nak jilat gelas sekali.


Bila masing-masing dah kenyang (sumpah aku tak kenyang langsung!), kami pun bergeraklah pergi Jusco Seremban. Karaoke session pula! (Yes, part paling aku suka!). Kami karaoke kat Green Box Karaoke kat situ.










Masing2 tunjuk kehebatan suara masing2. Yang paling tak boleh blah, MK Syahir boleh tido bila kami semua sedang syok nyanyi. Siap berdengkur ok! (Ok, tipu lagi). 



Aku teka aku nyanyi lagu Goyang Inul masa ni.


Penat karaoke, kami pergi beli kek untuk birthday boy si Zul pula. Nama kedai tak ingat, harga kek pun pura-pura tak ingat (Kantoilah kalau bagitahu). Budak2 ni pun ada beli Big Apple jugak.


Then kuar balik dari Jusco pergi Terminal Satu balik. Kat sana, kami jumpa dengan Zul. Kami lepak makan malam kat satu kedai dalam shopping mall sebelah Terminal. Apa nama shopping mall mohon Google.







Lepas habis makan, sesi paling tak best, balik umah masing2. Si Zul malam tu jugak naik motor balik Temerloh, Pahang. Kau gila? Kalau aku, memang taklah. Mau tak takut? Karang ada pontianak menumpang, mau mak aku dapat menantu segera. Liyana pun balik ke Dungun, Terengganu naik bas. Anis pulak mak dia datang amik. (Anak mak!).


Kami? Tidur kat hotel. Aku kongsi bilik dengan empat gadis yang aku bawak. (Ok, sapa percaya, dia gila). Hahaha. Balik ke KL malam tu jugak. Sampai umah ak, tak leh tidur sebab penat. Anyway, sangat2 best jumpa korang! Harap leh jumpa lagi.




Post a Comment