SAYANG KOWG!

Tuesday, 5 March 2013

Majlis Akad Nikah dan Persandingan Sepupu



Weekend lepas aku balik kampung aku kat Negeri Sembilan sebab sepupu aku kahwin. Aku balik hari Jumaat pagi sebab sepupu aku akad nikah hari yang sama pukul 3.30 petang. So, hari Jumaat tu aku amik cuti. Aku balik dengan Busu and Mak Tam.


Malas aku nak bebel banyak2. Buat perabih air liur je. Tengok je la gambar ok.








Gambar2 kat atas ni masa majlis akad nikah. Then esok tu plak, buat majlis persandingan. Eh, untuk makluman, sepupu aku lelaki. So, majlis akad nikah dan persandingan ni, buat kat rumah pihak perempuan dulu.



Pengantin yang baju oren ok, bukan yang baju pink. Haha.







Kami tunggu lama gila kat luar rumah sebab tunggu budak-budak main kompang datang. Budak dari Sekolah Alam Shah. Lama gila kami tunggu. Aku pun tak tahulah kenapa lambat sangat diorang datang. Maybe sebab buat kompang dulu kowt sebelum datang.



Pasukan kompang yang lambat!








Masa majlis persandingan, keluarga perempuan buat 2 pasang pengantin. Satu pasangan lagi adik kepada isteri sepupu aku tu. Adik dia yang laki tu. Jambu,kan? macam muka 15 tahun. Huhuh.





Ini pula mak dan ayah kepada pengantin lelaki. Maksudnya, ini pakcik dan makcik aku lah. Huhuh.


Itu saje gambar-gambar yang sempat aku ambil. Nanti 23hb March 2013 pula, majlis kat sebelah lelaki pula. Jemput datang! (Ajak2 tahi ayam aja).


Post a Comment