Weekend lepas aku balik kampung aku kat Negeri Sembilan sebab sepupu aku kahwin. Aku balik hari Jumaat pagi sebab sepupu aku akad nikah hari yang sama pukul 3.30 petang. So, hari Jumaat tu aku amik cuti. Aku balik dengan Busu and Mak Tam.
Malas aku nak bebel banyak2. Buat perabih air liur je. Tengok je la gambar ok.
Gambar2 kat atas ni masa majlis akad nikah. Then esok tu plak, buat majlis persandingan. Eh, untuk makluman, sepupu aku lelaki. So, majlis akad nikah dan persandingan ni, buat kat rumah pihak perempuan dulu.
Pengantin yang baju oren ok, bukan yang baju pink. Haha.
Kami tunggu lama gila kat luar rumah sebab tunggu budak-budak main kompang datang. Budak dari Sekolah Alam Shah. Lama gila kami tunggu. Aku pun tak tahulah kenapa lambat sangat diorang datang. Maybe sebab buat kompang dulu kowt sebelum datang.
Pasukan kompang yang lambat!
Masa majlis persandingan, keluarga perempuan buat 2 pasang pengantin. Satu pasangan lagi adik kepada isteri sepupu aku tu. Adik dia yang laki tu. Jambu,kan? macam muka 15 tahun. Huhuh.
Ini pula mak dan ayah kepada pengantin lelaki. Maksudnya, ini pakcik dan makcik aku lah. Huhuh.
Itu saje gambar-gambar yang sempat aku ambil. Nanti 23hb March 2013 pula, majlis kat sebelah lelaki pula. Jemput datang! (Ajak2 tahi ayam aja).
8 comments:
bape umur pengantin laki tu weh
nmpk mude dr ko
asl ko xkwen2? LOL
meriahnya.. 2 pasang skali kombine..huhuhu..ko bila ag umar eh?
LOL kompang lambat kan?? ko mmg kan anti gile klw ada yg lambat... nak nak plak dah time makan la la la lala >..<
chomel ja kedua-dua pengatin tu..hee
yg pengatin laki sorg tu nampak muda gila, mcm bdk bwu abis spm..hee..abg umar bila lg?heee :P :D
akak tunggu umar punya majelis ni...jangan lupa jemput akak
Alhamdulillah, tahniah buat pasangan pengantin. Bilalah giliran aku pula ek. :3
hoho...laki tu awek muda...cam muda je aku tengok...aku juga yang lum ada jodoh..umur dah masuk 23 dah...kakah
aku singgah sambil follow sini.. :)
tahniah buat pengantin2
Post a Comment