SAYANG KOWG!

Wednesday, 13 June 2012

TAHUKAH ANDA: Althaiophobia?





Korang pernah makan Marshmallow?
Marshmallow adalah sejenis manisan..
yang diperbuat daripada..
Gula, sirap jagung, air bertapis,
Kanji jagung, pektin buahan,
Dan macam2 lagi...


Aku bukan nak membincangkan..
tentang halal atau haram..
Kandungan yang terdapat dalam marshmallow..
Sekarang kan banyak..
Orang yang mempersoalkan..
Taraf kehalalan dia..


Tapi aku nak membincangkan..
tentang satu word yang berkaitan..
Iaitu Althaiophobia?
Terbelit-belit lidah nak sebutnya...
Apakah?


Sebenarnya,
Ada satu golongan manusia,
yang takutkan marshmallow..
Dan kita panggil golongan ini..
mengalami Althaiophobia..
jelas murid2???


Tapi yang aku musykil..
Wujud ke golongan macam ni?
Tak pernah plak aku jmpa..
Orang yang takut marsmallow...
Orang yang lahap..
Marshmallow sampai habis adalah..


Golongan yang makan..
Marshmallow sampai habis...
sampai tak ingt dunia..
Kita nak panggi apa yer?
Pelahaphobia kowt...




Tuesday, 12 June 2012

Statistik Penceraian Di Malaysia: Meningkat!





Dalam fasa perkahwinan..
Penceraian adalah sesuatu yang ditakutkan..
Dan memang cuba dielakkan..
oleh semua pasangan yang berkahwin..
Buat apa nak kahwin..
Kalau memang kita dah niat nak cerai?
So..for sure..
Sume orang tak mo bercerai..




Tapi tadi bila baca The Star,
Menurut statistik yang dikeluarkan..
Oleh Malaysian Quality of Life (MQLI) 2011,
Terdapat 33,000 kes penceraian dilaporkan..
Sepanjang tahun 2010 atau..
0.22% daripada perkahwinan yang didaftarkan..
Peratusan ini meningkat..
Berbanding 0.13% dilaporkan pada tahun 2000..
Walaupun peningkatannya sedikit iaitu 0.09% tetapi tetap dikira sebagai meningkat..



Nak statistik yang lebih best?
Menurut Director of Economic Planning Unit 
Allaudin Anuar berkata,
80% daripada kes penceraian yang dilaporkan..
merupakan oang Muslim..
Atau lebih jelas.. Orang Islam...


Tapi, nak wat camna, kan?
Dah jodoh setakat itu,
terima aja lah seadanya,
pesanan aku kepada pasangan yang bakal berkahwin..
Jagalah perkahwinan anda seeloknya..
Nak nasihat or pesan lebih2..
Aku pun tak kahwin lagi..
Ahaks!





Trend Bercinta dan Berkahwin Dengan Warga Asing...




Aku tgk sekarang..
Memang dah jadi trend..
Orang Malaysia kahwin dengan orang asing..
Tak kira la keturunan sultan ka,
Menteri2 ke, artis ke,
Atau orang kebanyakan,
Semua macam berlumba-lumba..
Nak kahwin dengan warga asing..



Aku tak tau la apa..
Yang diorang kejarkan..
Sama ada kecantikan atau kehenseman..
Warga asing terbabit..
Atau nak jimat kos,
Nak menunjuk-nunjuk..
Atau apa niat mereka sebenarnya..


Tapi kadang2 terfikir..
Dah pupus ke..
Lelaki dan wanita..
Yang bermutu tinggi kat Malaysia?
Sampaikan nak kena cari warga asing?


Ataupun tiada kelas kah..
Untuk lelaki dan wanita di Malaysia..
Dipilih sebagai teman hidup..
Untuk dibawa di majlis2 keraian..
Untuk jadi tatapan para tetamu?


Entahlah..
Kesian aku kat warganegara Malaysia..
Yang masih bujang...
Ramai lagi yang tak kahwin..
Kat Malaysia ni..
Cantik n hensem je aku tgk..


Apa-apa pun..
Semuanya dah tertulis..
Memang orang cakap..
Dah jodoh nak wat cmna kan?
Takkan kita nak paksa juga..
Pg kahwin je dengan sapa2..
Yang warganegara Malaysia..


Fikir-fikirkanlah...