SAYANG KOWG!

Tuesday, 4 June 2013

Tips dan Pengalaman Menghadapi Temuduga Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)


Aku busy. Busy gila. Nak belek muka tengok jerawat macam dulu pun tak sempat apatah lagi nak kira berapa bulu kaki aku gugur. Penat woo join kursus Kadet PTD ini. Ini baru jadi Kadet PTD belum lagi PTD yang sebenar, entah2 nak kentut pun tak sempat. Kalau bukan busy dengan aktiviti yang dianjurkan oleh INTAN ataupun aktiviti luar, mesti ada perbincangan kumpulan. 

Dari minggu lepas, sampailah sekarang, ramai yang PM aku kat Facebook tanya pasal macam mana dengan temuduga Kadet PTD ni. Jenuh oo satu2 aku nak jawab. Yang aku tak kenal pun ramai. Kat mana pun aku tak tahu dapat Facebook aku. Tapi tak apa, aku tak kesah, yang mana aku tahu, aku kongsilah.

Masa zaman aku, lepas daripada lulus ujian bertulis PTD tu, aku dipanggil untuk menghadiri Assessment Centre (PAC). Selepas lulus PAC, baru kami dipanggil untuk temuduga. Tapi kali ini lain pula, lepas daripada lulus exam, terus diorang dipanggil untuk menghadiri temuduga tanpa perlu PAC.

Untunglah korang! Jimat satu stage yang mencabar. Disebabkan ramai sangat yang tanya aku pasal temuduga PTD tu. Meh sini aku share sikit pasal pengalaman aku menghadiri temuduga baru2 ni. Owh lagi satu, kbetulan aku dah masuk INTAN ni, aku pun ada tanya juga pendapat dan pengalaman kawan2 aku yang sama2 tengah kursus Kadet PTD sekarang.

Sebelum nak pergi interview, korang pastikan bawa borang dan dokumen yang diperlukan semasa temuduga. Pastikan betul2 dokumen yang hendak dibawa. Baca surat tawaran menghadiri temuduga Kadet PTD dengan teliti. Tengok apa dokumen yang diorang nak yang original dan apa dokumen yang diorang nak yang photostat. Aku hari tu, tersilap bawak document. Nasib baik pegawai kat situ baik hati bagi aku photostat kat situ.

Masa temuduga, soalan yang pertama korang akan ditanya ialah perkenalkan diri anda dalam Bahasa Inggeris. Yang ini, macam biasalah lah. Takkan nama sendiri, tempat lahir dan tarikh lahir pun tak tahu, kan? Yang ini, korang boleh prepare awal2 ok. Hafal!

Then, isu semasa yang ditanya kat aku ialah pasal MRT. Siapa yang uruskan MRT, dari mana ke mana, kenapa perlu MRT dan apa kaitan PTD dalam MRT ni. Diorang juga ada tanya kat aku pasal macam mana nak tingkatkan sistem pengangkutan awam kat negara kita. Pasal Greater KL pun ada.

Selain soalan isu semasa, aku juga ditanya pasal pekerjaan sebelum ni. Masa ni banyak soalan provokasi akan ditanya. Contoh, tahu tak berapa gaji PTD yang akan ditawarkan? Berapa gaji korang sekarang? Kalau gaji korang sekarang banyak dari PTD, kenapa masih pilih PTD? Tak menyesal ke nanti? Macam aku yang kerja dalam broker insurance sebelum ni, diorang tanya, betul ke insurance ni menipu orang? Lagi satu, kalau korang dapat kerja PTD, kementerian mana yang korang akan pilih dan kenapa?

Kawan2 aku pula ditanya pasal siapakah Pengerusi SPA, Timbalan pengerusi SPA, kenapa nak masuk PTD, 8 bidang tugas PTD, isu Lynas, rasuh, BPR dan SPRM, konsep Satu Malaysia, Budget 2013, apa itu generasi X dan Y, NKRA, dan GTP. Itu antara soalan yang ditanya kepada kawan2 aku yang lain.

Hmm... itu jelah kot tips dan pengalaman aku dan kawan2 aku yang aku boleh share kat sini. Maybe berguna tok korang. Kalau tak berguna, korang nampak butang pangkah kat atas? Haha. Oklah. Aku nak pg perbincangan kumpulan pula ni. Kalau still tak faham, carilah Facebook aku ok. Ada masa aku layan korang.

Post a Comment