SAYANG KOWG!

Tuesday, 8 January 2013

Segmen: Saya Blogger Dari Negeri?



Belek-belek blog, jumpa satu blog ni. Buat segmen "Saya Blogger Dari Negeri??". Macam best juga segmen ni ek. So, aku decide nak join. Sambil-sambil tak de idea nak update apa, boleh juga tambah kenalan and followers.

Lupa nak bagitahu, walaupun follow blog tuan empunya bukan syarat, tapi nak menghormati tuan rumah, aku jadi follower yang ke 9233.





Aku lahir kat Selangor. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Aku dibesarkan kat Kelantan, Rantau Panjang, secara specificnya. Ibu dan ayah aku pula berasal dari Negeri Sembilan. So, secara rasminya, untuk segmen ini, tolong masukkan aku kat Blogger Negeri Kelantan. Sebab 20 tahun aku duk kat sana.


Kat Rantau Panjang, bagi kau tak ada lah special sangat. Hanya pekan kecil. Tapi yang bestnya, korang dapat shopping! Barang murah-murah. Boleh shopping banyak-banyak. Paling best, sapa peminat tshirt or jersi boleh dapatkannnya dengan harga yang sangat murah.


Bab-bab makanan, aku kurang suka sikit. Kebanyakannya manis. Aku lebih suka makanan pedas. Makanan pedas yang boleh korang cuba somtam! Sangat sedap. Kebanyakkan orang yang buat som tam kat sini, orang Siam. So, kepedasannya memang terasa.


Ok. Itu sahaja nak bebel. Selamat berkenalan dan follow memfollow ek semua.



Monday, 7 January 2013

Ulasan Anugerah Juara Lagu 27 (Live)



Semalam aku berkesempatan pergi ke Stadum Putra Bukit Jalil untuk menonton Anugerah Juala Lagu 27 secara live. Aku dapat tiket last minute, hari Jumaat petang. Nasib baik Fouziah Ghous tak pergi tengok, dapat tiket VIP empat keping yang sepatutnya dia punya.




Tapi yang lagi best, bila sampai sana, kawan aku roger kawan dia. Kebetulan pula kawan dia Producer Astro. Dapat tiket kat Arena. Dan ada tiket lebih 3 keping. Apa lagi, dari duk kat VIP baik duk kat Arena, betul-betul depan pentas. Dah la tak payah beratur panjang, dapat masuk awal pula tue. Haha.


Persembahan Pembukaan oleh Misha Omar, Ziana Zain dan Faizal Tahir.



Persembahan pembukaan yang berkesan dari Misha Omar. Vokal Misha secara live memang best. Tapi Misha agak lari tempo masa part chorus. Tapi oklah. Masib boleh diterima. Persembahan Ziana Zain paling tak best. Low note tak dengar apa. Konsep persembahan yang ada bulat putih di tengan props memang tak sesuai. Lagu rancak memerlukan movement. So, tak selari dengan bulatan putih di tengah props. Persembahan Faizal Tahir biasa-biasa sahaja. Bagi aku, suara Faizal Tahir dah tak relevan. Dah hilang aura.


Ombak Rindu - Hafiz dan Adira.



Lagu paling aku nanti-nantikan. Props bunga memang bonus. Cantik sangat. Ditambah oleh pakaian Adira yang memang cun melecun. Cuma, vokal Adira tak seimbang dengan Hafiz. Vokal Hafiz terlampau power kedengaran. Part Aaron Aziz datang memang dah diduga. Bosan! Macam tiru Alyah Kisah Hati tahun lepas bila Remy Ishak datang.


Patah Seribu - Shila Amzah



Lagu terbaik AIM tahun ini. Pembukaan sajak (kedengaran seperti) memnag dah tak relevan. Kelakar sangat. Macam tengok AJL tahun 90an. Shila ooiii, orang dah tak da buat persembahan macam tu. Baju hitam pun tenggelam, macam nak pergi kenduri arwah. Vokal tak perlu dipertikai. 


Simetri - Hazama dan Amy Search



Konsep persembahan sangat kelam kabut. Bagi aku tak perlu scene gaduh bagai gangster kat atas pentas. Cukup dengan props sudah. Vokal Hazama lagi bagus dari Amy Search. Cuma Hazama ada lari tempo sikit.


Idola - Azlan and The Typewriter



Aku tak faham, motif panggil badut pakai baju bendera Malaysia? Nak kata Sudirman, mula-mula ok lah. Tapi tetiba dia mengelilingi pentas kemudia pusing kat orang sekeliling, apa cerita? Konsep persembahan yang sangat serabut! Vokal Azlan memang terbaik! Aku sebenarnya tak suka dengan Azlan. Tapi vokal dia malam tu memang mantap habis.


Pelangi Senja - Stacy



Dari awal masuk dewan, aku nampak kat tepi pentas ada macam titi. Sure props persembahan Stacy. Tengok memang betul. Wajar dipuji untuk usaha itu. Vokal? bagi aku paling lemah malam ini. Banyak part sumbang terutamanya high note. baju juga kurang cantik. Tapi aku suka kain yang banyak kaler. Macam pelangi itu.


Lagu - Bedroom Sanctuary



Lagu ini tak famous sangat rasanya. Penyanyi dia pun aku kurang kenal. Tapi pernah dengar lagu ini before this. Hmmm, aku rasa terhibur dan happy bila diorang perform. Vokal pun agak baik. Tapi rasanya macam tengok persembahan biasa sahaja. Bukan tengok pertandingan.


Tanpamu - Amir



Aku sangat suka konsep persembahan Amir. Bawa tong air besar apa semua. Seronok tengok persembahan dia. Vokal pun ok. Memang bestlah! Konsep persembahan sangat kreatif.


Teman Pengganti - Black & RJ



Malique tak ada. Sedikit kecewa. Tapi nasib baik Rapper Jambang best! Kalau tak mahu aku baling kasut malam tadi. Konsep persembahan sangat menarik. Pentas berpusing-pusing. Tapi juga seakan-akan Kisah Hati Alyah tahun lepas. Vokal Black memang awesome. Mendayu-dayu. sedih bila dengar dia nyanyi.


Terukir di Bintang - Aizat



Persembahan paling tak terkesan kat hati aku. Entah kenapa, aku rasa macam tak ada aura atau daya penarik untuk aku tengok persembahan Aizat. Macam lemau! Persembahan biasa-biasa sahaja. Vokal Aizat juga tak teruji dek lagu ini.


Ku Akui - Hafiz



Aku memang tunggu Hafiz perform lagu ini. Walaupun lagu Ku Akui ini aku tak suka, tapi aku nak dengan sangat vokal Hafiz yang mantap. Dan penantian aku tak sia-sia. Vokal Hafiz memang sangat awesome. Terbaik gila!


Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo



Aku sangat suka lagu ini. Persembahan live paling best yang pernah Mojo buat. Part last memang terbaik! Menjerit dengan teknik yang baik. Tak sakit telinga dengar. Orang bersorak gila dengan Aweera tarik! Pembukaan Marsha dengan suara saprononya menarik perhatin. Cuma bila part tengah-tengah suara Marsha dah tenggelam dengan muzik.


Anak Kampung - JImmy Palikat dan One Nation Emcee



Aku suka persembahan diorang. Lama  tak nampak artis bertanding bawak 40 oang naik pentas. Rasa era Noraniza Idris, Nora dan Siti Nurhaliza bila perform lagu Etnik Kreatif. Gabungan Hip Hop dan tradisional sangat menjadi.


Persembahan Penutup - Lagu Slow Rock oleh Rahmat Mega, Aris Ariwatan, Joey dan Ramli Sarip

Ini memang persembahan yang paling menarik. Kami dalam stadium dibekalkan dengan light stick. Then masa diorang nyanyi, kami kibar-kibarkan light stick. Suara masing-masing masih power. Walaupun tengok Joey tersiksa masa high note. Kelakar. Tapi nasib baik penonton sporting dan semua nyanyi bersama-sama. Kalau tak kantoi suara tak sampai.


Keputusan Penuh:

Vokal Terbaik : Ku Akui - Hafiz.
Memang dijangka. Penghayatan penuh melalui lontaran vokal yang cukup memukau. Memang meremang bulu roma. Saingan terdekat tentunya dari Black, Azlan, Shila Amzah dan Aweera.

Persembahan Terbaik : Teman Pengganti - Black dan RJ
Aku suka konsep persembahan. Simple dan tak berserabut. Lagi elok, dari bawa satu kampung. Penuh satu dewan. Serabut. Saingan tentunya dari Anak Kampung - Jimmy Palikat, Tanpamu - Amir


Tempat Ketiga : Ku Akui - Hafiz
Tempat Kedua : Idola - Azlan and The Typewriter
Johan : Terukir di Bintang - Aizat

Kalau pasal juara, kalau diikut berdasarkan persembahan malam itu, aku tak merasakan Terukir di Bintang-Aizat wajar menjadi juara. Tapi disebabkan keputusan dan dinilai oleh juri sebelum AJL lagi, melihat kepada sususan dan komposisi lagu serta liriknya, memang wajar Terukir di Bintang diangkat sebagai juara.


Kat atas hanyalah ulasan oleh peminat hiburan biasa. So, jangan ambil hati. Hanya pendapat orang yang tengok secara live. Lagi satu, maaf kualiti gambar kurang elok. Hanya guna iPad dan kamera digital biasa.




Thursday, 3 January 2013

Azam 2013 Diimpikan, Azam 2012 Diteruskan..





Selamat Tahun Baru 2013! Walaupun dah berlalu 3 hari, tapi aku rasa tak lambat lagi kot untuk wish. Yela masih bulan Januari apa. Bukan Februari pun. 2013 dah pun ye. Cepatnya masa berlalu. tahun ini juga aku dah berumur 24 tahun. Tapi belum masuk lagi ok. Tetap rasa muda. Haha.


Bercakap pasal tahun baru, mesti ramai yang akan pasang azam. Tapi selalunya mula-mula memang lah berkobar nak buat, tapi dah lama semua hangat-hangat tahi ayam. Macam aku pula, jarang tanam azam. Sebab tahu, malas nak lakukan.


Tapi untuk azam 2012, alhamdulilah, walaupun tak tercapai, tapi aku dah berusaha ke arah itu. Dan bukan salah aku azam tu tak tercapai, tapi salah orang lain. Walaupun aku agak kecewa, tapi nasib baik azam tu tak terus berkubur, boleh sambung tahun ini.


Untuk azam 2013, alhamdulilah, aku dah mulakannya. Azam itu pun dah nampak macam nak tercapai. Nampaknya akan tercapai azam 2013 dahulah berbanding azam 2012. Nak buat macam mana. Dah itu rezeki aku dulu kan.


Untuk tahun 2013, aku insyaALLAH akan mengalami perubahan drastik. Benda ini tak confirm, so aku tak leh umumkan lagi. Yang pastinya, aku akan cuba juga. Sebab itu impian ayah dan ibu aku. Dan pastinya, impian mereka, impian aku juga. Aku pasti tak akan kecewakan mereka. Gambatte!


Kepada korang semua, harap azam 2013 korang akan tercapai juga. Selamat tahun baru sekali lagi!