Semalam aku berkesempatan pergi ke Stadum Putra Bukit Jalil untuk menonton Anugerah Juala Lagu 27 secara live. Aku dapat tiket last minute, hari Jumaat petang. Nasib baik Fouziah Ghous tak pergi tengok, dapat tiket VIP empat keping yang sepatutnya dia punya.
Tapi yang lagi best, bila sampai sana, kawan aku roger kawan dia. Kebetulan pula kawan dia Producer Astro. Dapat tiket kat Arena. Dan ada tiket lebih 3 keping. Apa lagi, dari duk kat VIP baik duk kat Arena, betul-betul depan pentas. Dah la tak payah beratur panjang, dapat masuk awal pula tue. Haha.
Persembahan Pembukaan oleh Misha Omar, Ziana Zain dan Faizal Tahir.
Persembahan pembukaan yang berkesan dari Misha Omar. Vokal Misha secara live memang best. Tapi Misha agak lari tempo masa part chorus. Tapi oklah. Masib boleh diterima. Persembahan Ziana Zain paling tak best. Low note tak dengar apa. Konsep persembahan yang ada bulat putih di tengan props memang tak sesuai. Lagu rancak memerlukan movement. So, tak selari dengan bulatan putih di tengah props. Persembahan Faizal Tahir biasa-biasa sahaja. Bagi aku, suara Faizal Tahir dah tak relevan. Dah hilang aura.
Ombak Rindu - Hafiz dan Adira.
Lagu paling aku nanti-nantikan. Props bunga memang bonus. Cantik sangat. Ditambah oleh pakaian Adira yang memang cun melecun. Cuma, vokal Adira tak seimbang dengan Hafiz. Vokal Hafiz terlampau power kedengaran. Part Aaron Aziz datang memang dah diduga. Bosan! Macam tiru Alyah Kisah Hati tahun lepas bila Remy Ishak datang.
Patah Seribu - Shila Amzah
Lagu terbaik AIM tahun ini. Pembukaan sajak (kedengaran seperti) memnag dah tak relevan. Kelakar sangat. Macam tengok AJL tahun 90an. Shila ooiii, orang dah tak da buat persembahan macam tu. Baju hitam pun tenggelam, macam nak pergi kenduri arwah. Vokal tak perlu dipertikai.
Simetri - Hazama dan Amy Search
Konsep persembahan sangat kelam kabut. Bagi aku tak perlu scene gaduh bagai gangster kat atas pentas. Cukup dengan props sudah. Vokal Hazama lagi bagus dari Amy Search. Cuma Hazama ada lari tempo sikit.
Idola - Azlan and The Typewriter
Aku tak faham, motif panggil badut pakai baju bendera Malaysia? Nak kata Sudirman, mula-mula ok lah. Tapi tetiba dia mengelilingi pentas kemudia pusing kat orang sekeliling, apa cerita? Konsep persembahan yang sangat serabut! Vokal Azlan memang terbaik! Aku sebenarnya tak suka dengan Azlan. Tapi vokal dia malam tu memang mantap habis.
Pelangi Senja - Stacy
Dari awal masuk dewan, aku nampak kat tepi pentas ada macam titi. Sure props persembahan Stacy. Tengok memang betul. Wajar dipuji untuk usaha itu. Vokal? bagi aku paling lemah malam ini. Banyak part sumbang terutamanya high note. baju juga kurang cantik. Tapi aku suka kain yang banyak kaler. Macam pelangi itu.
Lagu - Bedroom Sanctuary
Lagu ini tak famous sangat rasanya. Penyanyi dia pun aku kurang kenal. Tapi pernah dengar lagu ini before this. Hmmm, aku rasa terhibur dan happy bila diorang perform. Vokal pun agak baik. Tapi rasanya macam tengok persembahan biasa sahaja. Bukan tengok pertandingan.
Tanpamu - Amir
Aku sangat suka konsep persembahan Amir. Bawa tong air besar apa semua. Seronok tengok persembahan dia. Vokal pun ok. Memang bestlah! Konsep persembahan sangat kreatif.
Teman Pengganti - Black & RJ
Malique tak ada. Sedikit kecewa. Tapi nasib baik Rapper Jambang best! Kalau tak mahu aku baling kasut malam tadi. Konsep persembahan sangat menarik. Pentas berpusing-pusing. Tapi juga seakan-akan Kisah Hati Alyah tahun lepas. Vokal Black memang awesome. Mendayu-dayu. sedih bila dengar dia nyanyi.
Terukir di Bintang - Aizat
Persembahan paling tak terkesan kat hati aku. Entah kenapa, aku rasa macam tak ada aura atau daya penarik untuk aku tengok persembahan Aizat. Macam lemau! Persembahan biasa-biasa sahaja. Vokal Aizat juga tak teruji dek lagu ini.
Ku Akui - Hafiz
Aku memang tunggu Hafiz perform lagu ini. Walaupun lagu Ku Akui ini aku tak suka, tapi aku nak dengan sangat vokal Hafiz yang mantap. Dan penantian aku tak sia-sia. Vokal Hafiz memang sangat awesome. Terbaik gila!
Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo
Aku sangat suka lagu ini. Persembahan live paling best yang pernah Mojo buat. Part last memang terbaik! Menjerit dengan teknik yang baik. Tak sakit telinga dengar. Orang bersorak gila dengan Aweera tarik! Pembukaan Marsha dengan suara saprononya menarik perhatin. Cuma bila part tengah-tengah suara Marsha dah tenggelam dengan muzik.
Anak Kampung - JImmy Palikat dan One Nation Emcee
Aku suka persembahan diorang. Lama tak nampak artis bertanding bawak 40 oang naik pentas. Rasa era Noraniza Idris, Nora dan Siti Nurhaliza bila perform lagu Etnik Kreatif. Gabungan Hip Hop dan tradisional sangat menjadi.
Persembahan Penutup - Lagu Slow Rock oleh Rahmat Mega, Aris Ariwatan, Joey dan Ramli Sarip
Ini memang persembahan yang paling menarik. Kami dalam stadium dibekalkan dengan light stick. Then masa diorang nyanyi, kami kibar-kibarkan light stick. Suara masing-masing masih power. Walaupun tengok Joey tersiksa masa high note. Kelakar. Tapi nasib baik penonton sporting dan semua nyanyi bersama-sama. Kalau tak kantoi suara tak sampai.
Keputusan Penuh:
Vokal Terbaik : Ku Akui - Hafiz.
Memang dijangka. Penghayatan penuh melalui lontaran vokal yang cukup memukau. Memang meremang bulu roma. Saingan terdekat tentunya dari Black, Azlan, Shila Amzah dan Aweera.
Persembahan Terbaik : Teman Pengganti - Black dan RJ
Aku suka konsep persembahan. Simple dan tak berserabut. Lagi elok, dari bawa satu kampung. Penuh satu dewan. Serabut. Saingan tentunya dari Anak Kampung - Jimmy Palikat, Tanpamu - Amir
Tempat Ketiga : Ku Akui - Hafiz
Tempat Kedua : Idola - Azlan and The Typewriter
Johan : Terukir di Bintang - Aizat
Kalau pasal juara, kalau diikut berdasarkan persembahan malam itu, aku tak merasakan Terukir di Bintang-Aizat wajar menjadi juara. Tapi disebabkan keputusan dan dinilai oleh juri sebelum AJL lagi, melihat kepada sususan dan komposisi lagu serta liriknya, memang wajar Terukir di Bintang diangkat sebagai juara.
Kat atas hanyalah ulasan oleh peminat hiburan biasa. So, jangan ambil hati. Hanya pendapat orang yang tengok secara live. Lagi satu, maaf kualiti gambar kurang elok. Hanya guna iPad dan kamera digital biasa.
7 comments:
most of the comment about that night performance aku setuju... :) still love vokal hafiz even tak dapat juara..:) aizat pun biasa2 je malam tu dari segi vokal.. anyway, impress dengan penggunaan digital visual mlm tu coz nmpk cantik bila tgk kt TV,..:) tahniah Terukir di bintang even lagu tu mcm ada iras2 lagu iklan..:) ke aku je yg perasan...
Hmm.... Rasa macam setuju jer dgn komen2 diberi...Serupa taste kita rupanya.. ;-)
vokal hafiz mmg mantap.. bestnyer awk dpt dok bawah tu.
kadang2 tak paham dengan juri ni yg patut menang tak menang... yg tak patut menang itu la plak yg dapat apakah?
tgk kt umah je...
setuju gak dgn komen2 kamu nie..bole jd pengkritik utk meningkatkn prestasi seseorg :))
Hafiz mmg terbaik la..Tip top!! mmg da jgka dia dpt vokal terbaik n mmg layak..
pd pndpt sy pn cm xfair je keputusan pengadil yg amek lagu Terukir Di Bintang sbg juara..huhu..but,semuany da berlaku..hope pngdil AJL 28 pilih pemenang dgn betul dan adil..
Yeah, memg prsembhan 1 Nation Emcees mngimbau prsembhan Noraniza Idris & Siti.
Rindu plak stail persembahan mcm tu :') Rasanya AJL patut buat pemenang dr segi ktegori balik, itu lebih relevan rsanya. Kalau tak muzik tradisional tanah air akn terus tenggelam.
Tmbahan pula, muzik macam tu ramai yg dh x layan zaman sekarang. Jadi, hanya AJL je lah yg blh diharapkn utk mmperkasa benda ni.
Post a Comment