SAYANG KOWG!

Thursday, 31 January 2013

Ulasan Filem : Juvana



Semalam aku pergi wayang tengok filem Juvana. Dah lama rasanya aku tak tengok filem Melayu kat pawagam. Ini pun aku pergi sebab kawan baik aku excited sangat nak tengok. Aku pergi teman je la. Lagipun aku tak tertarik dengan filem Juvana sebab aku tak tengok pun drama Juvana ni. Haha.




Apa yang aku boleh cakap. Aku suka dengan filem ini. Sisi gelap dan ganas yang cuba ditampilakn dalam filem ini menjadi. Lakonan pelakon-pelakon dalam filem ini juga terbaik. Paling menonjol tentunya Sharnaaz Ahmad. Tapi ada kalanya terlampau berlebih-lebih. Sederhana itu lebih bagus rasanya.


3/4 daripada filem ini aku suka. Maksud aku bermula dari permulaan, pertengahan aku suka. Tapi part nak penghabisan, aku nak tergelak pun ada. Agak kelakar. Part bermula dari ada rusuhan berlaku. Nak tahu kenapa aku cakap kelakar? Tengok sendiri.


Banyak benda yang aku sebenarnya tak faham dengan cerita ni. Tapi aku tak nak spoilkan mood korang yang dah terkinja-kinja nak tengok sangan filem Juvana ni. Kalau korang tengok, korang akan tahu kenapa aku cakap banyak benda yang aku tak faham.


Part paling best? Aku suka part Apek bergaduh dengan Lan Todak dalam bilik mandi. Aksi menjadi! Aku juga suka idea nak gaduh bertumbuk, guna sabun buku then balut dnegan kain tuala. Haha. Sangat-sangat best!


Overall, agak memuaskan. 3.5 Bintang.


Post a Comment