SAYANG KOWG!

Wednesday, 9 January 2013

Cara Aku Menyelamatkan Bumi Kita



Aku sayangkan bumi kita. Aku memang tak boleh bila tengok bukit-bukit kena gondol. Habis kena tarah sebab nak amik pokok. Nampak gondol, dah tak hijau. Paling geram, gondol-gondol bukit buat rumah kat lereng bukit.. Tanah runtuh, rumah ranap, padan muka! 


Kat office pun sama. Aku cukup pantang kalau orang print colour kalau benda tu tak penting. Setiap helai nak print colour. Setiap helai nak print. Kalau tak penting, jangan gedik nak print-print. Kalau benda tu tak berapa nak penting, print guna recycle paper. Tak payah nak gedik pakai paper baru. 


Aku bukan nak jimat. Tak hingin aku jimat duit company. Tapi aku sayangkan bumi kita. Cuba bayang berapa banyak pokok yang kena tebang, bukit yang kena gondol dengan paper yang kita guna hari-hari. Biar pun usaha aku kecil, tapi aku dapat jimatkan sebatang pokok dari ditebang. Itu lebih baik dari tak ada lansung.


Ini satu lagi usaha aku kat office ini. Kami ada satu kertas yang kami akan gunakan untuk tulis bila ada orang telefon dan orang yang hendak dihubungi tak ada kat office, busy atau tengah meeting. Kertas di bawah yang aku maksudkan.




Bila aku fikir, kalaulah kita asyik guna paper ini, paper ini akan habis. Nanti kita nak kena beli lagi. Kalau duk beli je, habis la lagi banyak pokok kena tebang. Timbul idea aku untuk elak lagi banyak pokok kena tebang.


Actually kat office aku berlambak kertas yang dah guna dan nak dibuang. Selalunya makcik cleaner aku akan letak kat luar bangunan, dan akan ada orang kutip. Dari aku bagi makcik cleaner tu letak kat luar, baik aku guna.


Aku amik empat keping kertas kat atas tu, then aku tampal atas satu kertas. Kemudian, aku photostat banyak-banyak guna kertas recycle yang menimbun kat office ini.




Lepas dah photostat banyak-banyak aku ambil paper cutter, then kerat jadi bentuk asal kertas "When You Were Out."







Tadaa! Jadilah macam ini kertasnya. Abaikan yang koyak-koyak sikit dan tak cantik. Haha. Biasalah kerja jantan keparat, kan? Tak sekemas wanita buat kerja. Haha.







Dah siap! So, kalau kertas yang asli yang beli kat kedai dah habis, boleh guna kertas yang aku buat ini. Hanya gunakan kertas recycle.  Jimat duit company, jimat juga kertas. Dapat selamatkan alam kita. Ingat, walaupun kecil usaha anda, tapi paling-paling kurang, anda dah berjaya selamatkan sebatang pokok dari ditebang!



Post a Comment