SAYANG KOWG!

Wednesday, 30 January 2013

Jalan-Jalan Cari Makan : Alexis Bistro



Hari itu, kami satu office sambut birthday salah seorang budak office, Rozailah. Selamat Hari Lahir Kak Zai. Tua dah kau ek. Takpa, takpa, janji kau dah kahwin. Haha. Kami celebrate birthday dia kat Alexis Bistro Bangsar Shopping Centre.




Aku order Slow Roasted Duck Magret. Minum pula aku order Chocolate Milk Shake. Aku pun order Mashed Potato.




Slow Roasted Duck Magret ini harganya RM 45.



Chocolate Milk Shake ini harga RM 15.


Mashed Potato kalau kita order asing harganya RM 12. Kalau ikutkan memang mahal gila. Kuantiti sedikit, tapi mahalnya memang sangat mahal.


Rasa Roasted Duck macam biasa je. Masak half cook. Aku lebih prefer well done. Tapi kita tak boleh request. So, rasanya tak berapa kena dengan perut aku. Tapi paling aku bengang, sikit je. Hanya 6 slices aja. Memang tak kenyang.


Airnya pula, sedaplah juga. Aku order dua kali Chocolate Milk Shake tue. Sedap gila! Berbaloi-baloi harganya RM 15. Haha. Mashed Potato pun sedap. Cuma kuantiti sikit aja.


Overall, kuranglah kat Alexis ni. Rata-rata harga mahal tapi kuantiti sikit. So, kalau korang betul-betul nak makan kenyang, Alexis Bistro bukan pilihan. Tapi kalau sekadar nak makan tempat ekslusif dan hanya untuk isi perut, bolehlah.


Owh, lagi satu. Sapa nak celebrate birthday, kalau bawa kek sendiri masuk dalam Alexis Bistro, kena charge RM 35 kalau nak suruh diorang hidang. Kalau beli kat dalam, keknya agak mahal. Gambar kat bawah, kek Padlova Alexis Bistro.





Post a Comment