SAYANG KOWG!

Monday 14 January 2013

Ulasan DVD : Silenced (Korean Movie)



Semalaman aku habiskan masa tengok DVD. Empat keping DVD aku sewa dekat Speedy Taman Tun Dr. Ismail. Antara cerita yang aku sewa, Grown Up, Step Up Revolution. Tai Chi Hero dan Silenced. Tapi 3 keping DVD je sempat tengok, Tai Chi Hero tak sempat.


Aku tak mau ulas pasal cerita Grown Up dan Step Up Revolution sebab korang semua mesti dah tengok, kan? Tapi aku nak ulas cerita Silenced, sebuah filem Korea yang dikeluarkan dalam hujung tahun 2011.




Cerita ini mengisahkan tentang seorang cikgu Art, Kang In-Ho (Gong Yoo) yang ditempatkan di sebuah sekolah kanak-kanak khas di Mujin. Di sana, beliau terkejut bila mendapat tahu yang budak-budak di sana selalu didera secara seksual dan fizikal. Pelbagai usaha dilakukan oleh beliau bersama Mujin Human Rights Centre bagi mendapatkan pembelaan kepada kanak-kanak terbabit.


Pesanan pertama, sediakan tisu secukupnya. Cerita ini memang menyentuh perasaan. Tengok cerita jangan tengok kehenseman Gong Yoo, ok! Baru tacing habis. Banyak part yang menyentuh perasaan dalam filem ini terutamanya part bila seorang pelajar lelaki yang merupakan mangsa menangis bila mendapat tahu neneknya mengampunkan si pesalah. Masa tu memang sedih tengok watak pelajar itu.


Lakonan memang superb! Kalau siapa pernah tengok lakonan Gong Yoo sebelum ini mesti suka akan lakonannya kali ini. Memang pandai dia main emosi. Lakonan budak-budak yang jadi mangsa gangguan seksual juga menarik. Kita akan bersimpati dengan mangsa dan menangis dengan mereka.


Part tak best ialah ending. Endingnya ok sahaja, tapi menyebabkan kita akan tertanya-tanya apa yang berlaku terhadap mangsa-mangsa tersebut, dan apakah nasib mereka sekarang sebabnya filem ini diadaptasi dari sebuah novel yang mengambil kisah sebenar yang terjadi. Jadi, mesti kita nak tahu kan apa yang terjadi seterusnya.


Overall, memang terbaik! Rugi kalau tak tengok. Filem ini bukan kisah cinta biasa yang kita tengok dalam drama or filem Korea yang lain, sebaliknya filem ini memang penuh dengan pengajaran. 


4.3 bintang dari lima bintang.


5 comments:

ZWAN SABRI said...

Eh, dekat Speedy boleh sewa DVD ek? berapa dia charge?

Unknown said...

Apa kata next time ko buat lak citer ko UMAR.. mesti meletup lau ko jadi pengarah aku org pertama yg akan beli cd ko tu ori lagi.. tak men cetak2 rompak ni ha ha ah^_^

MalizaMah said...

waaaaa....... nak tengoklah. 4.3 bintang tu..

♥cikmOt♥ said...

speedy mana leh sewa ni...akak nak jugak...

Anonymous said...

puiihhhh...ini sume pooooyyyoooooo