SAYANG KOWG!

Thursday 10 January 2013

Shorty Awards 2013, Datuk Siti Nurhaliza dan Hari Lahir



Shorty Awards? Baru-baru ini je aku pernah dengar pasal Shorty Awards, sedangkan tahun ini, kali ke 5 Shorty Awards berlansung. Shorty Awards sebenarnya dibuat untuk memberi penghargaan kepada orang dan juga organisasi melalui sosial media. Nak tahu lebih lanjut? KLIK SINI.




Sesiapa yang mempunyai Twitter boleh mengundi sesiapa atau organisasi yang digemari. Sebagai contoh, kalau korang minat Dato Siti Nurhaliza, korang boleh undi Dato Siti Nurhaliza. Untuk pengetahuan korang, banyak kategori yang ada, antaranya Celebrity, Instagram, Music, Singer, Actor, Fashion dan sebagainya.


Kalu aku sah-sah la undi Dato Siti Nurhaliza. Untuk pengetahuan korang, sesiapa yang mempunyai Twitter hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk setiap kategori. Untuk sesiapa yang nak mengundi Dato Siti Nurhaliza, boleh KLIK SINI. 




Setakat ini, Dato Siti Nurhaliza dapat 68 undian untuk Music, 45 undian untuk Singer, 32 untuk Small Business, 25 undian untuk Realitystar dan ada lagi beberapa kategori. Selain Dato Siti Nurhaliza, aku ada nampak juga Shila Amzah, dan Agnes Monica. Lagi satu, undian dibuka seluruh dunia ok!


Lupakan sekejap pasal Shorty Awards 2013, Esok 11 Januari 2013. Birthday Dato Siti Nurhaliza. Aku tak pernah lupa untuk wish Dato Siti Nurhaliza Happy Birthday setiap kali birthday dia, walaupun hanya dalam hati. Haha. 


Aku minat Dato Siti sejak aku darjah 2 kot. Selain Dato Siti tak ada dah aku minat penyanyi perempuan lain. Kalau pelakon adalah. Kalau Siti jadi pelakon pun, aku hanya minat Siti je kot. Haha. Lantak lah orang nak cakap apa pasal dia. Janji aku happy, Dato Siti happy. Haha!


Sekali lagi, Selamat Ulang Tahun Dato Siti Nurhaliza!


5 comments:

adarain said...

owh peminat siti..sama la..hahahaha

MalizaMah said...

owh awk peminat dato ct erk. leeza juga... tapi tak lag giler mcm zaman budak dulu minatnya. skrg minat scr profesional. haaa

♥cikmOt♥ said...

undi adalah resia...mana leh kasi tau...hehehe

Fatin Diana said...

ooo peminat Dato Siti Nurhaliza rupanya :p
kejap lagi FD undi juga la :D

kurus said...

cantik ct kan ;)