SAYANG KOWG!

Tuesday 15 January 2013

Jalan - Jalan Cari Dessert : Cup-Bon dan Waffle



Pernah dengan pasal Cup-Bon? Siyesly aku tak pernah dengar pasal Cup-Bon. Semalam baru first time aku dengar, dan first time aku makan dan minum kat Cup-Bon. Jangan buat muka aneh sangatlah. Cup-Bon ini bukan nama binatang. Ini nama stall yang jual air bubble tea. Lebih kurang macam Cool Blog, Chatime dan Each A Cup.




Semalam aku pergi kat Jusco One Utama. Macam biasa, nak makan egg tart Jusco yang sedap lagi murah. Lepas beli aku terus melantak kat food court tepi Cup-Bon. Tiba-tiba terpandanglah kedai Cup-Bon ni. Nampak waffle. Teringin pulak makan waffle.


Lepas je aku order, aku terpandang satu promotion yang dibuat oleh Cup-Bon ini. Beli satu waffle dan juga air Bubble Tea perisa asli dengan harga murah berbanding harga asal. 




Harga sebenar Earl Milk Tea with Pearl ialah RM 5.00. Tapi kalau tanpa pearl harganya RM 4.00. Harga Crispy Waffer pula ialah RM 3.00. Jadi, keseluruhannya RM 8.00. Tapi kalau kita beli kedua-duanya sekaligus, kita akan dapat dengan harga promosi iaitu RM 6.90.




Dah siap beli. Time untuk makan. Bagi aku rasa Crispy Waffernya agak sedap. Aku order perisa Chocolate. Apa yang bestnya, coklat disapu pada kedua-dua bahagian Waffle. Selalunya orang akan bubuh kat satu side aja. Rasanya pun rangup. Cuma, penyediaanya tak cantik. Sebab ada part yang tak kena tepung. Nampak macam rongak sikit.




Earl Milk Teanya pula rasanya biasa-biasa sahaja. Mungkin sebab perisa original so tak berapa berkenan sangatlah. Mungkin lagi best kalau korang order air yang berperisa. Rasanya sebiji macam Ocha Cold kalau korang makan kat Sushi King. Mungkin berbeza sedikit sebab ada pearl. Tapi jangan risau, kalau korang tak mau perisa original, orderlah perisa lain. Tapi tak masuk dalam harga promosilah.


Mungkin korang dah muak makan Waffle kat Daily Fresh, atau dah bosan mimun air Bubble Tea kat Chatime, korang boleh rasa pula Cup-Bon ini. Selamat mencuba.




6 comments:

atiezhoho said...

byak betol abg umar mkn.. haha

Unknown said...

Mohon belanja belanja aku benda cup bon ni, di satu hari saat ko nak berdatim dgn aku eh.. ha ha ha ^_^

sHiMi sHinHae~ said...

1st time jgak dgr cup-born XD

THE AUTHOR said...

Aku ingat nama budak KOrea ker..ehhehehe

NUARAHMAN said...

Cup Bon ni biasanya memang banyak ada dekat Jusco.

Sambil tu. Mari jenguk blog aku Kembali Menulis Selepas 65 Hari

Unknown said...

wa buat muka aneh ni sebab x penah rasa lagi.
ekekeke~~